KWSP i-sinar : Kerajaan lakukan yang terbaik, berpada-padalah kalau pun nak jadi populis – Annuar

Umum mengetahui bahawa ramai pencarum KWSP amat kecewa dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP bagi pencarum yang ingin mengeluarkan wang mereka.

Perkara ini kita dapat lihat reaksi orang ramai di media sosial yang majoritinya tidak berpuas hati sehingga i-sinar disebut dengan berbagai nama. Antaranya i-kecewa, i-malap, i-kencing dan lain=lain lagi.

Ramai pemimpin pembangkang mahupun di pihak kerajaan juga tidak berpuas hati dengan syarat-syarat serta kriteria yang dikenakan. Antara yang kuat bersuara ialah Datuk Seri Najib Razak, Asyraf Wajdi and Ahmad Maslan.

Najib Razak telah menyatakan beberapa kali bahawa beliau membawa suara rakyat kerana memahami situasi sebenar mereka dan bukan bersuara kerana mahu menjadi populis.

Malah UMNO juga meletakkan syarat untuk menyokong belanjawan 2021 hanya sekiranya pengeluaran KWSP dan moratorium dilanjutkan.

Dalam pada itu Annuar Musa pula dilihat sering mengkritik tindakan sesetengah pemimpin Umno dan ahli-ahli Umno kebelakangan ini. Kepada Annuar Musa, tidak perlu menjadi lebih PN dari PPBM dan Pas.

Annuar Musa juga tidak perlu menyindir pemimpin Umno yang membawa suara rakyat kerana perjuangan Umno juga adalah perjuangan untuk rakyat. Perjuangan Umno bukanlah perjuangan untuk mengekalkan kerusi empuk dalam kerajaan.

Sepatutnya Annuar Musa juga turut menggesa kerajaan agar memudahkan urusan rakyat di dalam waktu kesusahan ini.

Pertanyaan Najib mengenai i-Sinar KWSP terima 49,000 komen

One thought on “KWSP i-sinar : Kerajaan lakukan yang terbaik, berpada-padalah kalau pun nak jadi populis – Annuar

Leave a Reply