Isu rakyat kekal fokus Pemuda UMNO

Walaupun UMNO diheret dalam kemelut politik di Perak membabitkan UMNO namun ia tidak menjejaskan fokus sayap pergerakan parti itu untuk terus mendekati rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pada masa ini perhatian terhadap isu rakyat lebih penting.

”Pemuda UMNO sudah bertekad akan terus fokus bantu rakyat terutamanya dalam keadaan pandemik,” kongsi beliau dalam hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah Skuad Sabil Terengganu yang terus istiqomah membantu rakyat yang dilanda musibah terutamanya dalam musim tengkujuh di Pantai Timur.

“Saya mendapat laporan, Pemuda-pemuda dan anggota Skuad Sabil Pemuda UMNO Terengganu pantas bergerak tatkala menerima maklumat dengan meredah hujan, mengarung banjir, selut tanp mengira penat yang penting turun membantu rakyat.

”Moga Allah merahmati kalian. Saya amat berbangga dengan anda semua!,” ujarnya. -MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker