[VIDEO] Sangat Mempesonakan…Cikgu Menari ‘Ayam Didik’ Bersama Anak Murid, “Wah!! Ni Best!”

 

Pernah tular di media sosial sebelum ini mengenai cikgu ini mengajar tarian asli ala Jawa dengan murid-murid. Hari ini tarian tradisional atau klasik jarang sekali dapat dilihat anak-anak muda mengamalkannya. Sesungguhnya adat dan budaya Melayu turun-temurun sungguh indah gerak tarinya. Apatah lagi apabila lagu yang digunakan dari versi rancak dan menghiburkan.

Tular Tarian lelaki berentak Jawa bersama anak muridnya, “Bertuah anak muridnya…” [ VIDEO ]



Gerakan ‘bunga-bungaan’ dari para penari cukup menarik untuk ditonton dan diturunkan kepada anak-anak muda kini supaya akan datang lebih ramai yang tahu tarian tradisi. Boleh dikatakan ia antara budaya yang cukup berharga untuk dipelihara.

Bagaimanapun baru-baru ini hasil usaha seorang cikgu ini mengajar anak muridnya menari telah mendapat perhatian ramai. Ini kerana video cikgu menari ‘ayam didik’ bersama anak murid telah tular di sosial media. Video tarian tersebut dikongsikan sendiri oleh cikgu tersebut menerusi laman Twitter miliknya baru-baru ini.



Berikut adalah video cikgu menari ‘ayam didik’ bersama anak murid yang telah mencuri perhatian ramai itu:

Perkongsian video menarik itu telah meraih lebih 387 ribu tontonan, 22,500 retweets serta 18 ribu likes. Rata-rata warganet memuji usaha guru ini dan meninggalkan kata pujian mereka itu di ruangan komen perkongsian tersebut seperti berikut:

“Harmoni, lemah lembut beralun tahniah sangat mempersonakan”



cikgu menari ayam didik 3

“Wah!! ni best. Kalau ada tarian durasi panjang sikit dan tak berapa complicated boleh dibuat rujukan pelajar luar negara mempertontonkan tarian rakyat Malaysia”

cikgu menari ayam didik 2

“Dulu penari sekolah, Seriously best…”



cikgu menari ayam didik 1

Sumber: Twitter, Instagram

Kredit: HCL

Baju terselak masa menari? Ini Respon Padu Wawa Zainal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker