Misteri kehilangan lelaki warga China di Tenom terjawab

TENOM: Seorang lelaki warga China yang dilaporkan hilang di pusat pembinaan Empangan Mini Hydro Telekosang, di sini sejak 1 Oktober ditemui mati dalam keadaan tergantung atas pokok, hari ini.

Mangsa, Yang Ming Zhong, 37, yang merupakan seorang pekerja mahir dalam membuat pengerudian terowong, ditemui dalam keadaan reput dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Tenom, Hasan Majid, berkata mangsa ditemui 10.30 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi sejak laporan mangsa hilang diterima.



Katanya, ketika ditemui, mangsa yang memakai baju T berwarna merah dan berseluar pendek tergantung dengan tali di sebatang pokok di kawasan berkenaan.

“Sebelum dilaporkan hilang, mangsa dikatakan memberitahu rakan sebiliknya bahawa dia ingin keluar mencari kawasan yang mempunyai talian telefon.

“Bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah sehingga keesokkan harinya dan rakan mangsa terus memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum satu laporan polis dibuat,” katanya ketika dihubungi.

Hasan berkata, berdasarkan laporan diterima, polis terus melancarkan operasi SAR membabitkan 54 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM Pangkalan Sabah.



Selain itu katanya, operasi turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tenom untuk proses bedah siasat dan operasi SAR ditamatkan serta-merta.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Misteri kehilangan lelaki warga China di Tenom terjawab




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker