“Pemergian Pengasas Artortoise Bukan Kerana Kanser Tetapi…” – Perbetulkan Fakta

Pada 1 Disember lalu, kita kehilangan seorang yang sangat disenangi ramai, Allahyarham Mohamad Ikhsan Kamarudin yang juga merupakan pengasas ilustrasi digital Artortoise.

Pemergian Allahyarham bukan sahaja dirasai oleh ramai pengikut media sosial Artortoise tetapi juga para selebriti dan personaliti ternama yang cukup menyenangi Allahyarham seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan ramai lagi selebriti tanah air.

Allahyarham Ikhsan turut mengidap kanser pangkal hidung tahap 3 menyebabkan beberapa kekeliruan tentang pemergian Allahyarham.

Baca: Kartunis Terkenal, Artortoise Hidap Kanser Pangkal Hidung Tahap 3


Baca: Pengasas Ilustrasi Artortoise, Ikhsan Lee Meninggal Dunia

Pada satu entri di Instagram Artortoise, satu kenyataan telah dibuat untuk menghuraikan kemungkinan berlaku kekeliruan tersebut.

“Seperti yang semua sedia maklum, pengasas & pelukis Artortoise, Mohamad Ikhsan bin Kamarudin atau @ikhsanise telah kembali ke rahmatullah pada 1 Disember 2020 lepas.

“Ingin kami jelaskan disini, Allahyarham merupakan seorang pejuang kanser pangkal hidung tahap 3 namun pemergiannya baru-baru ini bukan kerana kanser tetapi kerana kegagalan hati akibat virus Hepatitis B.


“Hepatitis B hanya dikesan ketika Allahyarham baru memulakan rawatan radioterapi pada hari kelima dan rawatan kansernya ditangguhkan bermula dari situ.

“Walau apa pun, sesungguhnya mati itu pasti dan tidak mengenal usia. Sakit hanyalah satu asbab. Kami mohon semua mendoakan kesejahteraan Allahyarham di sana,” tulis pihak Artortoise.

Pihak Artortoise juga memohon sekiranya Allahyarham mempunyai hutang pada sesiapa supaya menghubungi salah seorang pereka di Artortoise.

“Sehubungan dengan itu juga, sekiranya ada Allahyarham berhutang dengan sesiapa, sila berurusan dengan @ikhwaniwe . Terima kasih,” tulis pihak Artortoise lagi.

Artortoise banyak menampilkan ilustrasi personaliti ternama dalam laman sosial media antaranya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, band Hujan, Ernie Zakri, Zizan Razak, dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selain daripada itu, mereka juga berkongsi ilustrasi digital tentang isu-isu semasa dan sering berkongsi sesuatu yang positif dan memberikan semangat terutamanya kepada rakyat Malaysia-GEMPAK

Al-Fatihah : Pengasas Artortoise, Ikhsan Ise Meninggal Dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker