Annuar dukacita apa yang berlaku di Perak

Terkini di My KMU !!!!---->

Saya dukacita jika orang Melayu berpecah.

Itu ulasan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran insiden melibatkan ‘kekalahan’ undi percaya terhadap Menteri Besar Perak.

“Sejujur, saya tidak gembira dengan apa berlaku di Perak.Kita tidak berpeluang berbincang terlebih awal di peringkat biro politik atau Majlis Tertinggi UMNO.

“Saya berdoa agar perjuangan yang seharusnya mengutamakan solidariti dan perpaduan ummah tidak terjejas,” katanya dalam ciapannya di Twitter hari ini.

Hari ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau dikenali sebagai Peja gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya terhadapnya yang dikemukakan seorang ADUN dari Barisan Nasional (BN).

Dalam undian belah bahagi ketika permulaan sesi persidangan DUN itu pagi ini, daripada 59 ADUN yang mengundi hanya 10 bersetuju manakala 48 tidak bersetuju dan satu berkecuali. MG

Umno tolak Ahmad Faizal sebab jual ladang sawit kepada Singapura, kata Najib

Leave a Reply