Tentang habis-habisan, hapus LTTE

Terkini di My KMU !!!!---->

Guna peruntukan undang-undang seperti POCA, SOSMA

Semua kumpulan pengganas termasuk Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan ditentang habis-habisan dan dihapuskan daripada terus wujud di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut menegaskan bagi tujuan itu, kerajaan akan menggunakan pelbagai peruntukan undang-undang yang ada seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Kesalahan Khas (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mengulas mengenai laporan media bahawa seorang lelaki yang membuat ugutan akan menembak mati Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan mendakwa dirinya sebagai ketua komander kumpulan pengganas LTTE 2.0, Hamzah berkata, tindakan sewajarnya akan diambil.

“Kenapa berani sangat nak ugut, negara kita ada undang-undang kalau (kumpulan pengganas) katakan mereka bebas lakukan segalanya. Kumpulan ini (LTTE) masih tersenarai sebagai kumpulan pengganas dalam negara kita.

“Kita akan tangkap dan hapuskan mereka daripada begitu sewenang-wenangnya melakukan apa mereka nak lakukan dalam negara kita,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk Parlimen Larut di sini, hari ini.

Selain mengugut akan menembak mati Ketua Polis Negara, suspek juga menghantar e-mel kepada media mendakwa dia akan menyerang Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan.

Hamzah dalam pada itu menasihati PDRM supaya berhati-hati dan meminta rakyat aupaya tidak risau kerana pihak polis di seluruh negara akan bertugas memastikan keselamatan mereka.  -Bernama

Macau Scam: Addy Kana dan dua polis kekal reman POCA

Leave a Reply