[VIDEO] “Episod Berapa Ni?” Netizen Teruja Tengok Ultraman ‘Silat’ Guna Lagu Mentera Semerah Padi

Semenjak filem Puteri Gunung Ledang dah boleh ditonton di sebuah platform penstriman dalam talian, ramai nampaknya sudah mula berkata-kata tentang filem laksamana Melayu ini.

Ramai nampaknya yang meminati genre filem Melayu lama seperti itu.

Sehinggakan ada yang menjadi kreatif menyunting lagu berjudul Mentera Semerah Padi nyanyian Datuk M.Nasir pada watak kartun superhero Ultraman ya!

Ultraman merupakan watak fiksyen yang berasal dari negara matahari terbit, iaitu Jepun dan mula bersiaran pada tahun 1966.

Tidak pasti siapakah yang menyunting video tersebut tetapi ia telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @@Harris151515151.

Rata-rata netizen berasa teruja melihat video tersebut dan ada juga yang mahu lebih banyak lagi video sebegini.

Cuba bayangkan Ultraman berlawan sambil ada lagu background Mentera Semerah Padi…

Mesti rasa macam diorang tengah bersilat kan?

Harapnya lepas ni ada la lagu-lagu Melayu lama yang boleh ‘dimasukkan’ menjadi background muzik kartun macam tu kan, baru la enjoy nak tengok, hehe!
Hot.FM

Meme Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang Dari Netizen …Hiburkan Tiara Jacquelina 😄😄

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker