Meme Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang Dari Netizen …Hiburkan Tiara Jacquelina ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Kreativiti netizen negara ini menghiburkan pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina apabila karakter dalam filem Puteri Gunung Ledang yang diterbitkan beliau dijadikan meme.

Dalam satu hantaran di laman Facebook dan Instagram beliau, Tiara berkata, filem itu telah dijadikan subjek untuk meme selama dua minggu.



โ€œMacam tahu sahaja, kitorang tengah promosi tayangan terhad filem versi asal dekat EnfinitiV.Asia, dengan bonus babak terpotong lagi.

โ€œSiapa yang kreatif sangat ini, tolong lah angkat tangan, saya nak kredit awak pun tak tahu macam mana,โ€ katanya.

Tiara turut berkongsikan beberapa meme yang memaparkan karakter Hang Tuah lakonan Datuk M. Nasir dan Puteri Gunung Ledang lakonan beliau sendiri dengan dialog yang mencuit hati.



Antara meme itu turut memaparkan isu semasa mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang menjadi bualan hangat apabila Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyamakan tuntutan Barisan Nasional (BN) untuk Belanjawan 2021 seperti tuntutan Puteri Gunung Ledang.

Begitu juga dengan masalah gangguan bekalan air yang sering terganggu di negeri Selangor sejak begitu lama.

Filem epik sejarah tersebut dihasilkan Enfiniti Vision Media pada 2004 berlatarbelakangkan Kesultanan Melayu Melaka.



Perkongsian ini telah meraih lebih 3 ribu likes. Rata-rata netizen terhibur dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

โ€œโ€ฆSetiap kali tengok setiap kali tu tergelak. Kesian Hang Tuah selalu jadi mangsa hahahaโ€

Puteri Gunung Ledang jadi memes 3

โ€œBoleh terbayang Puteri cakap nak keluarkan KWSP tuโ€



Puteri Gunung Ledang jadi memes 2

โ€œEpicโ€

Puteri Gunung Ledang jadi memes 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:



Sumber: Instagram, Kosmo , HCL

MP Pasir Mas perli perbahasan BN

NASA Jumpa Air Di Bulan, Orang Selangor Pula Bikin Riuh Sampai Dapat Perhatian Saintis USA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker