Anwar ketepikan saya pun masih tak dapat jadi PM

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyindir Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal untuk menjadi perdana menteri walaupun selepas menyingkirkan beliau dan kumpulan Pejuang daripada Pakatan Harapan.

Menurut Dr. Mahathir, Anwar telah menolak cadangan yang dipersetujui oleh Amanah dan beberapa ahli DAP supaya beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama enam bulan sebelum menyerah kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu.

“Pengakuan saya untuk serah jawatan kepada Anwar selepas 6 bulan tidak diterima atau dipercayai oleh Anwar.

“Rancangan yang munasabah ialah apabila Dewan bersidang, jika Pakatan Harapan mempunyai cukup bilang, (Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin boleh dikalahkan semasa belah bahagi dengan pembangkang mempunyai 114.



“Apa yang berlaku ialah Muhyiddin masih dapat 112 dan tidak dapat dijatuhkan semasa perbahasan berkenaan perlucutan jawatan Yang di-Pertua Dewan. Ini bermakna Muhyiddin menang dan kekal sebagai PM. Anwar kalah dan tidak jadi PM,” terang Dr. Mahathir. SM

Anwar ‘gila-gila’ nak jadi PM, kata Dr M



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker