Al-Fatihah: Komposer Terkenal A. Ali Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Komposer terkenal A. Ali atau nama sebenarnya Hamdan Atan meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Semenyih.

Allahyarham berusia 71 tahun difahamkan meninggal dunia di dalam tidur dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang selepas solat Zohor.

Komposer terkenal A. Ali meninggal dunia
Sebelum menyertai Kembara, A. Ali (gambar) merupakan pemain gitar untuk kumpulan Sweet Charity. – Foto Magnusazmi

Ketika hayatnya Allahyarham merupakan bekas anggota kumpulan Kembara serta pengasas kumpulan Pelangi,

Allahyarham A. Ali ketika bersama Kembara sangat terkenal dengan lagu Penjual Surat Khabar dan Oh Bulan.

Sebagai komposer pula A. Ali diingati dengan lagu Menaruh Harapan dendangan Zaiton Sameon dan Rayuanku oleh Rohana Jalil serta beberapa lagu lain.

Berita pemergian A. Ali dimaklumkan kepada Astro AWANI oleh isteri kepada Datuk M.Nasir, Datin Marlia Musa.

A Ali pernah menganggotai kumpulan kembara bersama M.Nasir dan S.Sahlan pada awal tahun 1980-an dan banyak menghasilkan lagu untuk kumpulan itu serta beberapa penyanyi hebat tanah air.

Anak ketiganya, Nur Huda Hamdan, 34, ketika dihubungi berkata, ibunya, Latifah Khamis menyedari bapanya meninggal dunia selepas jasad kaku sekitar pukul 8 pagi, hari ini.

“Pagi tadi, dalam pukul 5 pagi, ayah masih okay dan mak kejutkannya dan memintanya untuk buatkan air kerana mak saya pun tak sihat.

“Selepas itu, ayah termenung seketika di tepi tingkap. Lepas Subuh, dia baring sekejap dan pagi tadi, lebih kurang pukul 8 pagi, mak saya kejutkannya dan dia sudah tidak ada,” katanya kepada Harian Metro.

Huda berkata, pemergian ayahnya adalah satu kehilangan besar buat keluarga kerana dia tidak pernah menghidap penyakit kronik.

“Sekarang jenazah masih lagi berada di Hospital Kajang dan kami masih menantikan laporan penuh daripada pihak hospital,” katanya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Semenyih.

Allahyarham A Ali meninggalkan seorang balu, sembilan anak serta 10 cucu.

A Ali pernah menganggotai kumpulan Kembara bersama Datuk M Nasir dan S Sahlan pada awal tahun 1980-an dan banyak menghasilkan lagu untuk kumpulan itu serta beberapa penyanyi hebat tanah air.

Jenazah berada di Hospital Kajang dibawa ke rumahnya di No.5, Jalan 11/2, Seksyen 6, Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang.

Siapalah tak kenal komposer legend ni, kita dibesarkan dengan lagu-lagu ciptaannya antara insan yang bertanggungjawab menaikkan Wann, Fairuz, Norshila Amin, Zaiton Sameon dan ramai lagi yang pada mulanya beliau berkarya bersama kumpulan Kembara.

Pernah berkolobrasi dengan arwah di suatu jabatan di Putrajaya pada tahun 2010 untuk pembentukan koir dan bertemu sekali lagi semasa Fiesta Muzik di UPSI 2015. Jasa allahyarham amat besar dalam industri hiburan tanahair.

Dikhabarkan meninggal ketika tidur sama seperti seorang komposer lama dangdut semalam, Allahyarham Abg Ruslan Mamat. Pasti ramai rakan koirers terkesan dengan pemergian Allahyarham Abang A.Ali.

Semoa rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Amin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker