Moderna kemuka kelulusan kecemasan vaksin daripada FDA selepas capai tahap keberkesanan 94.1%

COVID-19: Moderna kemuka kelulusan kecemasan vaksin daripada FDA selepas capai tahap keberkesanan 94.1%
Ia selepas hasil kajian baharu vaksin mRNA-1273 itu mendapati keberkesanan yang lebih kukuh, seterusnya dapat mengelakkan daripada penularan COVID-19 yang semakin meluas. – Gambar fail/REUTERS
FIRMA biotech Amerika Syarikat (AS), Moderna Inc akan mengemukakan permohonan kebenaran kecemasan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) untuk menggunakan penghasilan vaksinnya.
Ia selepas hasil kajian baharu vaksin mRNA-1273 itu mendapati keberkesanan analisis primer pada fasa ketiga dengan 94.1 peratus yang membuktikan keberkesanan lebih kukuh, seterusnya dapat mengelak penularan COVID-19 yang semakin meluas.
Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel memberi jaminan vaksin itu mampu menjadi salah satu alat yang berkesan dalam membendung COVID-19 dengan lebih efektif.
“Analisis primer menunjukkan kebolehan vaksin untuk mengekang COVID-19 dengan keberkesanan sebanyak 94.1 peratus dan yang paling utama, kebolehan untuk mengelakkan COVID-19 pada tahap lebih bahaya.
“Kami juga percaya vaksin ini mampu menjadi alat yang kuat yang mungkin dapat membantu hala tuju pandemik dan sekali gus mengekang penyakit berbahaya dan kematian, antaranya,” katanya.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Perubatan syarikat tersebut, Dr Tal Zaks, data keberkesanan yang cukup jelas itu membolehkan kebenaran penggunaan vaksin secara kecemasan diluluskan.
Pihaknya turut berharap kelulusan kebenaran penjualan vaksin tersebut secara global dan kelulusan bidang kuasa lain.
Sebelum ini, Moderna Inc mendakwa vaksin COVID-19 yang dihasilkannya adalah 94.5 peratus berkesan untuk menangani jangkitan virus berkenaan.
Ia sekali gus menjadikan Moderna sebagai syarikat AS kedua dalam masa terdekat untuk melaporkan keputusan yang memberangsangkan.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker