Demi Cintaku Padamu.. Lelaki Ini Belanja RM7,251 Pasang Iklan Rai Ulang Tahun

Surabaya: Demi memberi kejutan istimewa sempena ulang tahun isterinya, seorang lelaki di Indonesia sanggup menghabiskan 25 juta rupiah (RM7,251) untuk memasang papan iklan yang memaparkan ucapan hari lahir wanita itu.
Agensi

Dalam satu video tular, Tom Liwafa memberikan kejutan kepada isterinya, Delta Hesti dengan membawa wanita itu ke tempat papan iklan itu dipasang.

Nyata, kelainan dibawakan lelaki itu yang memberikan ucapan selamat hari ulang tahun dengan disertakan gambar isterinya itu, menjadi apabila wanita itu terkejut dan gembira.

Tom berkata, idea itu timbul bagi menampilkan kelainan untuk menyambut ulang tahun isterinya yang ke-28 tahun.

“Saya mahu menyambutnya dengan cara berbeza daripada orang lain.

“Jadi, saya gunakan idea ini.

DELTA bersama suaminya.
DELTA bersama suaminya.

“Syukurlah, isteri saya gembira dengan ucapan papan iklan ini,” katanya.

Menurutnya, papan iklan itu dipasang selama 10 hari sejak 23 November lalu dengan harga 25 juta rupiah.

Lebih bermakna, mereka turut mengadakan acara perasmian premis perniagaan sebagai hadiah ulang tahun isterinya itu.

“Hanya perasmian premis perniagaan untuk isteri.

“Ini bukan kejutan kerana kami sudah siapkan lebih awal,” katanya seperti dilaporkan portal Kompas.

Pasangan itu digelar sebagai crazy rich surabaya kerana berjaya sebagai ahli perniagaan dalam pelbagai bidang.

Selain itu, mereka gemar melakukan aktiviti amal dengan menderma kepada golongan memerlukan.-HM

Sumber: Tribune News

Panjat papan iklan tak mahu kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker