Panjat papan iklan tak mahu kahwin · MYKMU.NET

Panjat papan iklan tak mahu kahwin

Share

Enggan mengahwini lelaki pilihan keluarga menyebabkan seorang gadis bawah umur di Madhya Pradesh, India, nekad memanjat papan iklan di jalan raya.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku di bandar Pardesipura, Indore, baru-baru ini.

Gambar yang dikeluarkan agensi berita India, ANI tular di media sosial menunjukkan gadis berkenaan duduk di atas papan iklan sambil bercakap di telefon.

Berdasarkan laporan media tempatan, polis tiba di lokasi kejadian dan memujuk gadis itu turun, tetapi tidak berjaya.

Anggota polis kemudian terpaksa menghubungi lelaki yang ingin dikahwini gadis itu.

Polis Pardesipura Ashok Patidar berkata, siasatan mendapati gadis itu bertindak sedemikian selepas ibunya meminta dia berkahwin dengan seorang lelaki.

Bagaimanapun katanya, dia enggan menuruti permintaan itu kerana dipercayai sudah mempunyai kekasih.

Beliau berkata, susulan kejadian, gadis itu hanya bersetuju untuk turun selepas teman lelakinya memujuknya.

“Seorang gadis kecil memanjat papan iklan menuntut hak bagi mengahwini lelaki pilihannya,” kata Patidar. HM

Terkejut papan iklan perkhidmatan ‘sugar daddy’ secara terbuka di Kuala Lumpur

Leave a Reply