Khairy balik Rembau esok, undi Tok Mat

#PRU15

Khairy balik Rembau esok, undi Tok Mat

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan beliau akan bertolak ke Rembau esok pagi bagi menjalankan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, sokongan penuh tetap diberikan kepada calon BN di Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan meskipun beliau tidak lagi bertanding di kerusi ‘selamat’ apabila pernah menang tiga penggal berturut-turut.

“Saya bagi kerusi Rembau kepada Tok Mat dengan rela hati.

“Sebelum saya datang balik sini hari Sabtu, pusing-pusing pusat mengundi, saya minta izin balik Rembau nak mengundi Tok Mat di Parlimen Rembau,” katanya dalam sesi ceramah Kasi Jadi Sungai Buloh bersama KJ di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu tular yang mendakwa dirinya akan ‘balas dendam’ terhadap Timbalan Presiden Umno itu.

Khairy berkata, pihaknya juga sentiasa menjalankan kempen dengan tertib dan tidak menyentuh apa-apa serangan peribadi kepada pihak lawan termasuk calon BN yang lain.

“Pihak lawan pun dah tak senang hati sehingga sanggup menabur fitnah kerana terdesak sehingga mengeluarkan satu tangkap layar perbualan WhatsApp ke dalam media sosial,” ujarnya.

Terdahulu, dalam satu hantaran di Twitter, Penyandang kerusi Parlimen Rembau itu berkata, beliau akan membuat laporan kepada polis termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pemilik akaun yang memuatnaik perbualan palsu berkenaan. K Online

Khairy balik Rembau esok, undi Tok Mat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker