BN-PAS tak tembung di Pahang atas semangat MN


Tiada pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dengan PAS melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Keputusan ini dibuat berdasarkan semangat dan keikhlasan Muafakat Nasional (MN) di negeri tersebut, seperti yang dipersetujui Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail, yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, dan Pesuruhjaya PAS negeri Rosli Abdul Jabar menerusi kenyataan yang ditandatangani bersama di Kuantan hari ini.

Wan Rosdy berkata, kedua-dua pihak juga bersetuju dengan formula mengekalkan kerusi DUN dimenangi pada PRU lalu, manakala perbincangan lanjut diperlukan bagi sembilan kerusi di bawah Pakatan Harapan (PH).

“Umno Pahang berhasrat tidak akan meletakkan calon di lapan kerusi dimenangi PAS pada PRU14 dan tidak akan menyokong serta bekerjasama dengan calon yang bertanding di kerusi tersebut kecuali calon PAS.

“Begitu sebaliknya, PAS dengan berpandukan persetujuan dan pendirian PAS Pusat, tidak akan meletakkan calon di 25 kerusi DUN dimenangi Umno dan BN serta tidak akan menyokong dan bekerjasama dengan pihak lain yang bertanding di 25 kerusi itu,” kata beliau.

Pimpinan MN negeri tersebut, menurut Wan Rosdy dan Rosli, melihat kerjasama politik itu perlu dipertahankan demi kestabilan dan kemakmuran negeri.

Pada PRU yang lalu, Umno menang 24 daripada 42 kerusi DUN Pahang manakala satu lagi kerusi BN diperoleh menerusi MCA. FMT

PPBM tak perlu bertanding di Pahang – Wan Rosdy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker