Hutan gondol, apa sudah jadi Pejabat Hutan Pahang?: PEMBELA

Netizen bimbang berlaku banjir, minta SPRM bertindak segera

 Belum reda dengan isu penceroboh kebun durian Musang King di Raub, negeri Pahang kini ditularkan pula dengan imej hutan gondol di Kuantan.

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang giat mempertahankan isu rakyat tampil mempersoalkan kewajaran tindakan menggondol tanah hutan di daerah berkenaan.

“Sekarang sedang tular di media sosial imej ‘hutan gondol’ sekitar Pejabat Hutan Kuantan, Pahang yang menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

“Apa sudah jadi?” soal pertubuhan itu dalam hantaran ringkas di Facebook, hari ini.

Terdahulu, imej satelit dan gambar di hadapan Pejabat Hutan Kuantan yang tular di media sosial menjadi tanda tanya masyarakat umum.

Ramai yang tertanya-tanya berikutan terlalu banyak kes pencerobohan hutan di negeri Pahang sehingga integriti pejabat hutan dan kerajaan negeri sering dipersoalkan.

Gara-Gara Cemburu, Makan Pun Mak Bapak Tanggung, Ada Hati Gaduh Rebut Perempuan

Pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Mawar Kenanga berkata, beliau khuatir sekiranya penggondalan hutan itu akan menyebabkan banjir selain berharap pihak berkuasa mengambil perhatian isu berkenaan.

“Janganlah terkena banjir. Kesian rakyat yang jadi mangsa. Harap pihak kayangan cakna benda-benda ini,” katanya.

Turut sependapat Izzah Hassan, yang tidak menolak kemungkinan penduduk tinggal di kawasan berhampiran akan menjadi mangsa sekiranya banjir besar berlaku.

Selain itu, Ahmad Arifin menggesa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pegawai-pegawai Pejabat Hutan Kuantan serta individu yang mempunyai kaitan dengan sektor tanah dan pembalakan.

“Banyak kes Pahang ini. Kes penceroboh tanah Durian King tak settle (selesai) lagi. Pahang.. memang mudah noo tanah mu kena ceroboh,” kata Nor Ali kesal.

Azmin ke Saudi cari pelaburan atau cari publisiti sapu lantai masjid?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker