6 cawangan Ambank Pulau Pinang tutup kerana Covid-19


Enam daripada 14 cawangan Ambank di Pulau Pinang telah ditutup sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak selepas “sebilangan” kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Mesej yang tular di media sosial mendakwa jangkitan itu akibat majlis yang dihadiri penolong pengurus bank beberapa cawangan.

Tinjauan FMT di tiga cawangan mendapati aktiviti seperti biasa di mesin tunai automatik (ATM), tetapi tiada perkhidmatan ditawarkan di kaunter, menurut seorang pengawal keselamatan di salah satu cawangan berkenaan.

Seorang pegawai bank menunjukkan kenyataan bank berkenaan yang berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan “sebilangan” kes positif Covid-19 dalam kalangan kakitangan bank berkenaan.



Menurut Ambank, cawangan yang terkesan akan disanitasi, dan mereka yang menjadi kontak rapat kakitangannya juga akan dikesan.

Operasi akan berjalan seperti biasa sebaik mendapat kelulusan KKM.

“Keselamatan kakitangan dan pelanggan kami menjadi keutamaan, dan kami telah mengambil semua langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan lanjut.

“Sebagai alternatif, pelanggan boleh pergi ke cawangan kami di Lebuh Pantai, Menara Liang Court dan Pulau Tikus,” menurut kenyataan itu.



Cawangan yang ditutup adalah cawangan Jelutong, Gelugor, Bayan Baru, Ayer Itam, Balik Pulau dan Tanjung Bungah.

Semalam, individu yang mendakwa dirinya kakitangan bank mendedahkan mesej tular yang mendakwa jangkitan menular susulan sebuah makan malam meraikan penolong pengurus bank dari sembilan cawangan Ambank di satu restoran pada 20 April, yang dihadiri 13 orang.

Menurut mesej itu, seorang yang hadir disahkan positif keesokannya, bersama beberapa individu lain.

Dua daripada mereka dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang, menurut mesej itu, yang turut menyatakan pangkat serta cawangan mereka bertugas.



Setakat 24 April, 11 kakitangan pelbagai cawangan juga didapati positif.

Mesej itu juga mendakwa kakitangan tidak perlu membuat ujian calitan melainkan berasa tidak sihat atau tidak sedap hati, namun perlu membayarnya sendiri.

“Jika positif, perlu mengambil cuti tahunan sendiri tanpa pampasan.

“Kakitangan lain masih perlu bekerja dan tiada kakitangan bantuan dipindahkan dari cawangan lain kerana tidak cukup tenaga kerja,” menurut mesej itu.



FMT telah cuba menghubungi Ambank bagi mendapatkan komen berkenaan mesej tular tersebut. FMT

Robinsons tutup operasi di Malaysia kerana Covid-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker