Apa Sebab Rezeki Suami Isteri Selalu Sempit

Terkini di My KMU !!!!---->

“Abang duit belanja bulan ini kena tambah sikit lagi, tak cukup nak buat belanja dapur dan untuk anak-anak.”

Pernah tak tertanya-tanya kenapa kamu dan pasangan selalu rasa rezeki yang dimiliki tak pernah cukup, walaupun melakukan dua ke tiga jenis pekerjaan pun tetap rasa ianya tidak mencukupi.

Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku, apa sebabnya rezeki selalu tidak cukup dan sempit? Untuk kupasan kali ini, ikuti sebabnya di bawah.

Tak Jaga Hubungan Dengan Allah S.W.T


Rezeki adalah pemberian dari Allah S.W.T, jika hubungan antara kita dan Sang Pencipta tidak dijaga dengan baik necaya rezeki yang dicari akan menjadi sempit.

Sebab itu sangat penting sebagai manusia, sebagai orang Muslim, suami dan isteri wajid menjaga hubungan dengan Allah S.W.T barulah pintu rezeki terbuka luas.

Tak Jaga Solat Dan Sering Solat Terburu-buru

Walau sibuk macam mana pun kamu dan pasangan, ibadah harus dilaksanakan dengan tenang dan baik, dan bukannya dilakukan dalam keadaan tergopoh-gapah.

Jika kedua-duanya jenis begini, tak jaga solat dan sering melakukan ibadah terburu-buru, maka percayalah rezeki yang kamu dan pasangan dapat juga akan jadi seperti itu juga.

Tidak Hargai Pasangan


Salah satu sebab mengapa rezeki jadi sempit adalah kerana tidak menghargai pasangan masing-masing, pasangan yang kamu kahwini adalah rezeki kamu.

Jika pasangan kamu tidak dijaga dengan baik dan tidak menghargai pasangan, maka rezeki kamu juga akan terkesan sama lalu menjadi sempit.

Hati Sempit Dunia Pun Jadi Sempit

Hati merupakan sesuatu yang sukar untuk ditelah, jika isteri dan suami mempunyai hati yang sempit maka jika diri kamu miliki segalanya dengan cukup pun tetap akan rasa tidak cukup.

Sebab itu untuk mendapatkan hati yang lapang, selalulah berbuat kebaikan dan menderma, InshaAllah hati juga akan berlapang dada dan merasakan apa yang dimiliki sudah cukup.

Tidak Menjaga Keluarga Dengan Baik

Bukan itu saja, jika kamu dan pasangan tidak menjaga keluarga, anak-anak dan ibu bapa dengan baik, pintu rezeki juga boleh jadi sempit.

Sebab itu untuk mendapatkan rezeki yang luas dan berkat, kamu dan pasangan perlu menjaga hubungan kekeluargaan dengan melayani ibu bapa, anak-anak dan pasangan dengan baik.

Rezeki adalah pemberian Sang Pencipta segala yang kita miliki sekarang ini adalah pemberian dari NYA, dan jika rezeki tersebut ditarik dan disempitkan adalah kerana ianya adalah ujian dari yang Maha Esa.

Untuk mendapatkan rezeki yang melimpah ruah dan dibuka pintu rezeki seluas-luasnya, sayangi Sang Pencipta dan belajar menerima apa yang ada sudah mencukupi.

Semoga info yang dikongsikan memberi manfaat, selamat beramal! Wn

Rezeki Datang Tak Disangka-Sangka, Ini 5 Amalan Pembuka Pintu Rezeki Anda Perlu Tahu

Leave a Reply