Elok presiden, timbalan tak dipertanding – Wanita Umno

Elok presiden, timbalan tak dipertanding – Wanita Umno

Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad berkata lebih elok jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu tidak dipertandingkan.

“Berikan mereka ruang dan sokongan untuk memulih dan memperkasakan Umno, demi survival politik parti dan negara.

“Sudah tiba masanya untuk kita bersama-sama dengan kepimpinan yang ada, bangkit bersama memulihkan kekuatan parti dan keyakinan rakyat. Membawa Umno kembali ke landasan perjuangan yang hakiki,” katanya kepada perwakilan Wanita pada hari kedua perhimpunan agung sayap Umno, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Noraini turut mengingatkan perwakilan sentiasa patuh, taat dan setia kepada kepimpinan demi perpaduan dan kestabilan parti.

“Kita harus bersatu hati menerima keputusan kepimpinan dalam merancang strategi kerjasama politik antara parti dalam perjuangan dalam membina negara bangsa yang lebih utuh dan mapan, bukannya bertelagah sesama kita.

“Keputusan PRU15 wajar kita jadikan iktibar untuk menilai kelemahan, memperbaiki dan merancang strategi yang lebih berkesan, seterusnya kembali bangkit bagi meraih kepercayaan rakyat untuk menghadapi pilihan raya negeri kelak,” katanya.

Katanya, pembersihan dalaman parti perlu dilakukan secara total tanpa kompromi lagi demi memastikan Umno melangkah ke hadapan.

“Dari faktor dalaman, kita kalah akibat sebahagian daripada kita yang tidak pernah berhenti menembak kaki sendiri. Kekurangan ini menginsafkan kita bahawa Wanita memerlukan tekad untuk melangkah ke hadapan.

“Untuk kita kembali merangkul kekuatan, kembali bangkit dan pulih, kita perlu ‘revamp’ pendekatan, gerak kerja dan pelan tindakan kita untuk memastikan keberkesanan serta kesesuaiannya dengan perubahan zaman,” katanya.

Majlis Kerja Tertinggi Umno masih belum memutuskan sama ada dua jawatan tertinggi itu akan dipertandingkan pada pemilihan parti, yang mesti diadakan sebelum 19 Mei, atau dalam tempoh enam bulan selepas PRU.

Semalam, sekumpulan pemimpin Umno bahagian menggesa Zahid agar tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti itu dengan menyatakan parti perlu diperkukuh menjelang PRN di enam negeri.

Jurucakap kumpulan itu, Ketua Umno Wangsa Maju Shafei Abdullah mendakwa mereka mewakili 140 ketua bahagian. FMT

Elok presiden, timbalan tak dipertanding – Wanita Umno

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker