Maszlee sambil dengar perbahasan baca Al-Quran di dalam Dewan Rakyat

Terkini di My KMU !!!!---->

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat memuji Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang membaca al-Quran semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam.

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut menyertakan gambar Maszlee sedang berbuat demikian menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya.

“Sambil dengar perbahasan, baca Al-Quran sekali. Steady Dr Maszlee,” kata pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) itu.

Selain menerima pujian, ciapan Syed Saddiq itu turut mengundang kritikan warganet yang menganggap tindakan bekas Menteri Pendidikan itu sebagai tidak kena dengan tempat.

Ada yang menyifatkan perbuatan Maszlee yang telah menarik diri daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan menjadi Ahli Parlimen Bebas itu sebagai publisiti murahan.

“Waktu kerja, kerjalah. Waktu solat, solatlah. Kemudian kembali bekerja kalau masih dalam waktu bekerja.

“Jangan baca al-Quran di Dewan Rakyat sewaktu bersidang. Tumpukan pada perbahasan. Ini semua publisiti sampah!” tempelak seorang pengguna Facebook, Zawawi.

Sementara itu, Shah Ahmad Nor berpendapat Maszlee boleh membaca al-Quran pada bila-bila masa selain ketika perbahasan di Dewan Rakyat sedang berlangsung. MD

Tengku Razaleigh tidak akan sertai perbahasan belanjawan

One thought on “Maszlee sambil dengar perbahasan baca Al-Quran di dalam Dewan Rakyat

  • November 24, 2020 at 13:59
    Permalink

    Harap niat YB Simpang Renggam betul, bukan guna kitab suci Al-Quran untuk memperli atau nak menunjuk2.

    Reply

Leave a Reply