Dr Mahathir Sudah Tidak Hebat · MYKMU.NET

Dr Mahathir Sudah Tidak Hebat

Share

KOTA KINABALU – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyedari beliau sudah tidak sehebat dulu, bahkan parti yang ditubuhkan belum mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Sehingga kini, pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) masih terus menuding jari kepada semua pihak terhadap masalah yang dihadapi termasuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah, Razeef Rakimin berkata, Dr Mahathir menuding jari kepada semua pihak dan kali ini berkaitan isu kegagalan mengambil alih kerajaan yang dipilih oleh rakyat daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mahathir memperkecilkan parti baru Syed Saddiq

“Mahathir sudah tidak gah seperti dahulu. Anwar tidak menyerang Mahathir sebaliknya beliau hanya melakukan kerja sebagai seorang Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.

“Komited beliau terhadap tanggungjawab boleh dilihat apabila beberapa duta besar negara luar bertemu untuk membincangkan pelbagai isu, ” katanya.

Menurutnya, Anwar diyakini berjaya mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan ia terbukti melalui kenyataan beberapa ahli Parlimen BN sendiri yang menyebabkan pertelingkahan besar antara UMNO dan Bersatu.

“Kita yakin pilihan rakyat pada 2018 lalu pasti akan mengemudi kepimpinan negara dalam masa terdekat melalui sidang Parlimen tanpa perlu mengatur langkah seperti kerajaan pintu belakang PN,” katanya.-SH

Mahathir mudah lupa

Leave a Reply