Demi Ummah Ini.. Aku ‘berbaik semula’ dengan Raja Salman – Erdogan

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membincangkan cara untuk mengeratkan hubungan bersama pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menerusi panggilan telefon sejak kedua-dua negara tegang susulan insiden pembunuhan wartawan terkenal, Jamal Khashoggi pada 2018.

Panggilan telefon itu dibuat menjelang Sidang Kemuncak G20 yang dipengerusikan Riyadh berlangsung secara maya selama dua hari bermula hari ini.

Erdogan dan Raja Salman turut berbincang tentang hubungan dua hala dan saling bertukar pendapat mengenai sidang kemuncak tersebut.

“Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk terus membuka saluran dialog bagi meningkatkan hubungan bilateral dan membolehkan segala isu diselesaikan,” kata pejabat Presiden Turki lewat semalam.

Erdogan ubah sebuah lagi bekas gereja menjadi masjid di Turki

Ketegangan antara kedua-dua semakin meningkat selepas kejadian kolumnis terkenal The Washington Post dibunuh kejam di Konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Sebelum ini, Erdogan pernah mendakwa pembunuhan itu dilakukan atas arahan ‘peringkat tertinggi’ namun beliau tidak merujuk secara terus kepada Putera Mahkota, Mohammed Salman (MBS).

Pada September lalu, mahkamah di Riyadh membatalkan lima hukuman mati selepas perbicaraan diadakan secara tertutup pada akhir tahun lalu dan menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas mereka. – AFP

Erdogan khalifah tidak rasmi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker