Shahidan, letak syarat untuk sokong belanjawan bukan khianat tapi mendengar rintihan rakyat

Sejak semalam sebahagian ahli politik mula bercakap mengenai isu “khianat” yang dikaitkan dengan sokongan ahli parlimen kepada Belanjawan 2021.

Ia bermula apabila Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim, semasa berbahas di Dewan Rakyat memberitahu siapa yang menolak belanjawan berkenaan boleh dianggap pengkhianat.

Hal itu kerana, dakwa bekas menteri besar Perlis berkenaan, rakyat sedang menunggu-nunggu belanjawan tersebut.

Pagi ini bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Dr Puad Zarkashi, menawarkan pandangannya mengenai makna pengkhianat.

Merujuk kepada perbahasan Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat semalam, Puad berkata ada dua perkara penting disebutkan di penghujung ucapan berkenaan.

Pertama katanya ialah isu kejujuran politik yang lebih daripada sekadar persetujuan lisan sebaliknya turut melibatkan pelaksanaan persetujuan tersebut.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak secara jelas, Puad memetik ucapan Ahmad Zahid mengenai peri pentingnya mengetepikan muslihat politik.

“Semoga siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.

“Hentikan politik tikam belakang. Sebab itu Kerajaan PN (Perikatan Nasional) mesti didukung oleh konsensus parti secara bertulis,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

UMNO tidak khianat kepada Muafakat Nasional tapi….

 

Adakah perdana menteri berani

Sejak akhir-akhir ini sekumpulan pemimpin dan veteran Umno menyuarakan pandangan kurang senang dengan sikap Bersatu yang kini menjadi tulang belakang kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia berlaku ketika sokongan terhadap presiden parti itu, Muhyiddin Yassin, dipersoalkan. Ia menjadi semakin genting apabila Belanjawan 2021 dijadual diundi sama ada akan diluluskan atau tidak pada 26 Nov.

Proses itu turut menjadi penentu kepada kelangsungan kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Perkara kedua menurut Puad ialah keperluan politik negara dalam keadaan stabil agar kelangsungan rakyat dapat diutamakan.

Kerana itu katanya Ahmad Zahid menyarankan agar usul percaya kepada Muhyiddin dibenarkan dibawa ke sidang Dewan Rakyat agar kedudukan ahli parlimen Pagoh itu dapat diuji.

“Apakah PM (perdana menteri) berani dan gentleman? Ya, jika ada kejujuran politik.

“Sebab itu tegas Zahid, proklamasi darurat di seluruh negara atas alasan apa sekalipun wajib ditolak. Cukup jelas pendirian Umno mengenai darurat,” katanya.

Ahmad Zahid, kata Puad, kemudian membuat kesimpulan penting dalam ucapan semalam iaitu suara rakyat adalah suara keramat.

“Justeru jangan memandai tuduh sokongan ‘bajet bersyarat’ BN adalah pengkhianat. Syarat itu adalah untuk kelangsungan rakyat. Bukan untuk kahwin Puteri Gunung Ledang.

“Sebenarnya yang mengkhianati rakyat ialah yang ego dan tidak mahu mendengar rintihan rakyat pada saat paling sukar,” katanya.

KWSP, moratorium: BN telah cuba yang terbaik membawa harapan rakyat, kini terpulang kepada kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker