Dah tukar kapal ke YB? · MYKMU.NET

Dah tukar kapal ke YB?

Share

TINDAKAN Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menaiki sebuah bot yang dipasang dengan bendera Barisan Nasional mengundang pertanyaan.

Ramai yang ingin tahu sama ada bekas Ketua Pemuda Bersatu itu kini telah beralih arah untuk menyokong Barisan Nasional.

Dalam gambar yang dikongsi di Twitternya itu, Syed Sadddiq berdiri di tepi bot yang sedang bergerak sambil menunjuk ke arah sesuatu dengan berlatar belakangkan tiga bendera BN berkibar megah.

“Turun laut nak gempur kapal korek pasir dan bot pukat tunda haram.

“Jangan kacau periuk nasi Nelayan Muar!” ciap pengasas parti Muda itu di Twitternya ketika berkongsi gambar tersebut hari ini. SM

Nota : Mungkin teruja ‘posing’ sampai lupa ada bendera Barisan Nasional agaknya. Tapi mungkin Syed Saddiq akan sertai BN nanti, siapa tahukan?

Masa tidak sesuai, rakyat marah jika tukar kerajaan lagi

Leave a Reply