Masa tidak sesuai, rakyat marah jika tukar kerajaan lagi

SHAH ALAM – Rakyat pasti akan marah dan tidak akan memaafkan sebarang tindakan untuk menukar kerajaan Persekutuan pada ketika ini kerana ia memberi kesan besar kepada ekonomi dan negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, apa yang rakyat mahu dilakukan pada waktu ini adalah usaha untuk memulihkan semula negara yang kini berhadapan dengan ancaman Covid-19.

“Saya fikir untuk tukar kerajaan pada masa ini akan beri kesan kepada ekonomi, rakyat akan marah dan tidak akan maafkan. Inilah saya harap orang politik dapat kembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat.

“Rakyat rasa sedikit tidak gembira dengan kita (orang politik) selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.

Marah minta cerai, lelaki jerut isteri sampai mati

Rakyat tidak mahu perangai sebegitu diulang, rakyat tidak mahu lagi soal nak merebut kuasa, pulihkan dahulu negara ini daripada Covid-19 (pandemik koronavirus),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Sinar Harian yang dikendalikan oleh Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin; Editor Sukan, Azizul Fahmi Ahmad Zabidi dan Penolong Pengarang Pengisian, Junhairi Alyasa.

Beliau mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Anwar dipercayai menggunakan pertemuan itu bagi mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda kononnya Ketua Pembangkang itu sudah mempunyai bilangan sokongan yang cukup bagi menubuhkan sebuah kerajaan baharu.

Dalam pada itu, Reezal Merican yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, untuk mengambil alih pentadbiran pada ketika ini tidak akan memberikan sebarang kebaikan kepada negara dan ekonomi sebaliknya menjadikan rakyat semakin menderita.

“Saya tidak dapat agak apa yang akan berlaku esok (hari ini).

Anwar menghadap Agong: Ini mungkin situasi yang akan berlaku hari ini

Saya tidak mahu buat jangkaan awal, tetapi melalui penafian yang dibuat oleh semua pemimpin UMNO yang telah dikaitkan kononnya menyokong Anwar, saya melihat bahawa kalau pun ada numbers esok, ia tidak akan membawa kepada perubahan kerajaan dalam sekelip mata…

Ia memerlukan proses-proses yang lain.

“Cumanya yang saya khuatir dalam tempoh-tempoh sebegini ia tidak memberi kebaikan kepada negara dan ekonomi, akhirnya yang menderita adalah rakyat.

Seolah-olah kita hantar isyarat kepada negara luar bahawa kita berada dalam keadaan tidak stabil dan penuh tidak ketentuan,” katanya.

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, beliau mempunyai keyakinan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat sokongan yang kuat untuk menerajui negara.

“Bukan kerana saya menteri dalam Kabinet beliau, tidak. Tapi saya melihat kepada apa yang telah beliau lakukan dalam tempoh enam tujuh bulan ini… bukan mudah bagi beliau (Muhyiddin) kerana beliau menerajui parti yang mempunyai kemelut yang cukup teruk.

“Apabila berlaku pemecatan pemimpin peneraju awal dalam parti beliau (Bersatu) tapi dalam mentadbir negara, beliau telah berjaya melaksanakan pelbagai perkara yang boleh membantu membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi kesan daripada Covid-19.

“Namun beliau tidak boleh lakukan jika ada gangguan, sebab itulah buat waktu ini kalau ada sesiapa yang menyumbang kepada berlakunya ketidaktentuan dan akhirnya negara berada dalam keadaan jauh terkesan teruk dari sudut ekonomi.

Saya fikir rakyat tidak akan memaafkan sebab rakyat nak ahli politik fokus dan bawa Malaysia keluar dahulu daripada apa yang sedang dihadapi sekarang,” tegas beliau.

Anwar akan hadap Agong 11 pagi, kata sumber

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker