UMNO tidak khianat kepada Muafakat Nasional tapi….

Sepertimana saya tak faham bilamana ada pihak tak puas hati PAS join Perikatan Nasional, saya juga tidak faham kenapa ada pihak yang menganggap kenyataan SUA UMNO semalam adalah satu pengkhianatan kepada Muafakat Nasional.

Pertama sekali, adalah hak mana2 parti untuk meletakkan syarat sokongan. Penilaian kepada parti tersebut sepatutnya dibuat selepas kita tahu apakah syarat yang dikemukakan.

Jika syarat UMNO untuk terus mendokong kerajaan PN adalah dengan kerajaan memberi komitmen menyelesaikan isu-isu tertunggak seperti pembunuhan Adib, siasatan Tabung Haji, Felda, Khazanah Nasional, penolakan total ICERD (ICERD hanya ditangguh ratifikasi pada zaman PH) serta penglibatan seimbang setiap parti dalam pembangunan polisi ekonomi negara, maka ya tak ada masalah.

Malah ia sepatutnya dari awal telah dibuat. Bukan baru hari ini.



Tapi kalau syaratnya kes Ku Nan perlu digugur, DS Zahid perlu dibebas maka barulah kita layak nak melenting marah.

Tuduhan UMNO nak jadi abang long ni pula satu perkara yang sangat pramatang. Bukankah dalam kenyataan tersebut juga, UMNO mahu agar Muafakat Nasional didaftar dan diformalisasi sebagai satu gabungan? Dan bukankah dalam gabungan itu juga ada PPBM?

Dalam MN, PAS dan UMNO adalah setaraf. Tuan Guru adalah Pengerusi Bersama dan bukannya Timbalan kepada DS Zahid.

Kalau nak berlaku adil, cuba tengok struktur Perikatan Nasional. Pengerusi TS Muhyiddin. Timbalan Pengerusi Jeffrey Kitingan.



Padahal Jeffrey hanyalah pemimpin lokal di Sabah dan pernah mengatakan PAS tidak sesuai di negeri itu – sesuatu yang sangat melukakan hati kepimpinan PAS Pusat.

Siapa SU Agung PN? Hamzah Zainuddin [2]. Siapa Ketua Penerangan PN? Azmin Ali

Ni semua daripada parti mana kalau bukan PPBM (kecuali Jeffrey)?

Jadi siapa sebenarnya yang nak jadi abang long?



Sedangkan dari segi base support, jumlah ahli, kekuatan jentera, kualiti pemimpin dan pengalaman politik, PAS adalah parti yang sepatutnya menjadi paling dominon di dalam PN. Sepertimana UMNO paling dominon dalam BN.

Bukalah mata. Untuk perpaduan, setiap parti perlu berkorban bukanlah satu pihak sahaja.
Kalau suami dah bertaubat tapi bini perangai macam setan tak guna juga

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Marang, Terengganu

UMNO antara marah dan kecewa



Related Articles

One Comment

  1. amat munasabah & memuaskan penjelasan yang diberikan mengenai betapa ego, tamak & bobroknya perangai pemimpin parti cap bunga secara terang-terangan nak jadi abang long

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker