2 pertuduhan kes rasuah Guan Eng akan dipinda – Pendakwa

Share

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan memohon untuk meminda 2 daripada 4 pertuduhan kes rasuah dihadapi bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulang Pinang, semasa sebutan kes itu, pada 21 Dis ini.

Timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengetuai pasukan pendakwaan memaklumkan perkara itu kepada pemberita, ketika dihubungi hari ini.

Wan Shaharuddin berkata sepatutnya hari ini ditetapkan untuk sebutan semula kes itu, bagaimanapun prosiding ditangguhkan berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang, selama 4 minggu mulai 9 Nov hingga 6 Dis depan.

“Mahkamah memaklumkan tarikh baharu sebutan itu kepada pihak kami melalui e-mail pada 9 Nov lalu,” katanya.

Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah dakwaan lupus tanah RM208.8 juta

Difahamkan, pindaan itu adalah bagi memasukkan ‘waktu’ di dalam pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan mengeluarkan perkataan yang tidak menjadi elemen di dalam pertuduhan menggunakan kedudukan yang dihadapi bekas menteri kewangan itu.

Pada 7 Ogos lepas, Lim, 60, didakwa sebagai ketua menteri Pulau Pinang, telah secara rasuah meminta bagi pihak dirinya sendiri suatu suapan, iaitu balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, yang merupakan pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Suapan itu adalah sebagai upah bagi melakukan suatu perkara yang dicadangkan, iaitu, membantu syarikat Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, di Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.

Pada 10 Ogos lepas pula, Lim didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan menggunakan kedudukannya ketika menjawat jawatan sebagai ketua menteri Pulau Pinang, untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3.3 juta, sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan projek itu yang bernilai RM6.3 bilion.

Skandal Terowong: Najib Dedahkan lagi ‘Kelicikan’ bekas Menteri ‘Kewayangan’ DAP

Pada 11 Sept, ahli Parlimen Bagan itu sekali lagi didakwa atas 2 pertuduhan menyebabkan 2 lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Lim, didakwa menyebabkan pendaftar tanah Pulau Pinang melupuskan harta milik kerajaan negeri Pulau Pinang iaitu, Lot Tanah No. H.S.(D) 18801, No. PT Lot 702 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timor Laut, Pulau Pinang, bernilai RM135,086,094 kepada Syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd.

Beliau juga dituduh menyebabkan pendaftar hakmilik tanah Pulau Pinang melupuskan Lot Tanah No.H.S.(D) 19318, No. PT Lot 10012 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timor Laut, bernilai RM73,668,986 kepada Syarikat Zenith Urban Development Sdn Bhd.

Lim didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galia

Kes Terowong, DAP Jangan Tipu Rakyat

Leave a Reply