Urusan umat Islam mesti diselesai tanpa babitkan golongan Yahudi
Pemimpin tiada agenda daulatkan agama Allah akan jual segalanya pada Zionis
BANGI, 1 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Jangan sesekali mempelawa golongan Yahudi sebagai pendamai mahupun orang tengah sekiranya berlaku perbalahan antara negara-negara Islam.
Apatah lagi, cuba menormalisasikan hubungan dengan puak kafir dan Zionis yang jelas mempunyai agenda menghancurkan ummah.
Justeru, menjadi peranan para ulama untuk mengingatkan pemimpin Islam supaya tidak melantik golongan kafir sebagai sekutu atau kawan yang kononnya lebih dipercayai berbanding sesama muslim sendiri.
Atas sebab itu, segala urusan umat Islam mesti diselesaikan dengan sikap terbuka dan ukhuwah tanpa membabitkan golongan Yahudi, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Omar Kassim.
“Pemimpin yang korupsi dan tiada agenda serta perancangan mendaulatkan agama Allah akan menjual segalanya kepada Zionis, termasuk negara mereka sendiri.
Kenyataan Jho Low: Jangan terima ‘bulat-bulat’ – Peguam Najib
“Zionis adalah organisasi yang kuat dari sudut pengaruh politik dan ekonomi. Pemimpin Islam yang lemah akan tunduk dan menjual harga diri serta kedaulatan negaranya,” katanya kepada Ismaweb.net.
Beliau berkata, keadaan itulah yang sedang berlaku oleh kebanyakan negara Arab dan Teluk ketika ini, apabila menormalisasikan hubungan mereka dengan negara pengganas, Israel.
Ustaz Omar berkata, sedang kebanyakan pemimpin negara Arab tunduk dengan Israel – kononnya demi membantu Palestin – namun masih ada lagi pemimpin Islam yang tegas dengan prinsipnya.
Merujuk Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, beliau berkata, umat Islam mesti berani memilih pemimpin yang mempunyai agenda dan membawa suara ummah.
Katanya, mereka yang mengambil orang-orang kafir sebagai teman, wali atau pemimpin menafikan zat dan kekuasaan Allah yang maha kuat.
DAP kumpul bantahan larang jual minuman keras, DBKL diseru jangan gentar!
“Ini kerana mereka bergantung kepada selain Allah, malah orang kafir yang mensyirikkan Allah demi mencari kuasa dan kekuatan.
“Ayat ini adalah ayat muhkamat yang cukup jelas yang tidak ada tafsiran selainnya kecuali mereka yang berniat jahat untuk mengelirukan orang-orang mukminin.
“Ummah secara keseluruhan mesti memahami kembali ayat-ayat Allah dalam surat Al-Imran, ayat 28,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan umat Islam khususnya di negara ini, supaya tidak membenarkan parti kafir yang ada agenda sendiri, memecah belahkan kesatuan ummah.
“Pemimpin yang berkepentingan atau tiada agenda ummah mesti ditolak,” katanya.
Tahun ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara teluk pertama yang mengiktiraf Israel dalam tempoh 26 tahun selepas Mesir dan Jordan.
Langkah itu kemudian disusuli Bahrain dan terkini Sudan.
Selepas perjanjian ditandatangani, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta merta mengeluarkan Sudan daripada senarai negara-negara yang membiayai keganasan. Sekatan ekonomi terhadap negara itu turut ditamatkan.
Trump mendakwa, sekurang-kurangnya lima lagi negara Arab dijangka akan menjalin perjanjian damai dengan Israel selepas ini.