Punca Coco Lee bunuh diri

Punca Coco Lee bunuh diri

Penyanyi China-Amerika, Coco Lee, 48, meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dipercayai membunuh diri di kediamannya, hari ini.

Berita kematian penyanyi dan penulis terkenal itu disahkan kakaknya, Nancy Lee di platform Weibo, malam tadi.

Coco yang turut melakar nama di Amerika Syarikat dikatakan mengalami masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu.

“Dengan berat hati, kami sekeluarga ingin berkongsi berita mendukacitakan.

“Coco bergelut dengan penyakit kemurungan sejak beberapa tahun ini. Keadaannya merosot dengan cepat dalam masa beberapa hari dan bertindak mengambil nyawanya sendiri di kediamannya, Ahad lalu,” tulis Nancy dalam catatan Weibo.

Katanya, walaupun Coco cuba mendapatkan bantuan profesional untuk mengatasi masalah kemurungan, namun dia tetap tidak berjaya menepis hasutan jahat itu.

“Coco segera dikejarkan ke Hospital Queen Mary (Hong Kong) dalam keadaan tidak sedarkan diri. Walaupun pasukan perubatan berusaha menyelamatkannya dalam keadaan koma selama tiga hari, Coco disahkan meninggal dunia, hari ini,” tulis Nancy lagi.

Nancy berkata, Coco sepatutnya meraikan ulang tahun ke-30 dalam industri muzik, tahun ini.

“Coco memenangi pujian antarabangsa dengan lagu terlarisnya dan persembahan langsung yang hebat.

“Beliau juga bekerja tanpa mengenal erti lelah untuk membuka laluan kepada penyanyi dari Cina berdiri di persada muzik antarabangsa.

“Coco berusaha membuat artis Cina menyerlah, kami bangga dengannya,” katanya.

Nancy turut melahirkan rasa bersyukur dan berbesar hati kerana mempunyai adik yang cemerlang.

“Kami tahu sekarang Coco pergi ke tempat yang lebih bahagia dan tidak lagi mengalami kemurungan. Kami percaya Tuhan menjaga Coco.

“Kini, tanggungjawab terbesar kami adalah menjaga ibu yang sudah tua. Saya harap anda semua dapat mendoakan wanita tua malang ini dan memberi masa dan privasi dalam penyembuhan.

“Kami juga berterima kasih kepada pasukan perubatan yang bekerja keras untuk menjaga Coco pada hari terakhirnya.

“Coco tidak tinggal lama dengan kami, tetapi sinarnya akan terus hidup,” tulisnya.

Penyanyi lagu A Love Before Time itu mula menyertai industri muzik apabila muncul dengan album solo pertama, Love From Now On pada 1994. Beliau memiliki 15 album dan mencatat rekod jualan puluhan juta.

Single berjudul Do You Want My Love muncul nombor empat di US Billboard pada Disember 1999.

Pada 2016, Coco dinobatkan juara program realiti Cina musim keempat, I Am A Singer.

Coco turut dikenali sebagai penyumbang suara untuk watak Fa Mulan menerusi animasi terbitan Disney berjudul Mulan untuk versi Mandarin.

Lebih membanggakan, Coco juga menyanyikan lagu A Love Before Time untuk filem Crouching Tiger, Hidden Dragon adalah penyanyi China-Amerika pertama yang pernah membuat persembahan di pentas Anugerah Akademi atau Oscar pada 2001. BH

Punca Coco Lee bunuh diri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker