Gabenor Bank Negara tidak setuju, moratorium akan meningkatkan hutang

KUALA LUMPUR: Sambungan moratorium menyeluruh yang dicadangkan beberapa pihak hanya akan merencatkan ekonomi untuk jangka panjang, kata Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

“Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi. Meskipun ia memberikan wang kepada orang ramai untuk jangka pendek, ia akan merencatkan ekonomi dan mempunyai kesan negatif.

Semua bank di negara ini mampu lanjut moratorium sampai Jun 2021- Najib



“Ia akan mengekang pemberian pinjaman baharu kepada isi rumah dan perniagaan memandangkan bank berdepan kekurangan penampan kewangan dan menimbulkan risiko.

“Ia akan meningkatkan paras hutang. Sesiapa yang mampu membayar hutang, perlu membayar.

“Ini (moratorium menyeluruh) akan mengekang pertumbuhan dan menjejaskan ekonomi untuk jangka panjang kerana akan lebih ramai peminjam berdepan hutang tinggi.

“Pertumbuhan yang dijana melalui hutang adalah tidak mapan.

Moratorium Pukal dan Pengeluaran RM10 ribu KWSP, Syarat Wajib BN Sokong Belanjawan!

Hutang isi rumah kini berbanding KDNK adalah 90 peratus. Tertinggi sepanjang masa buat Malaysia,” katanya ketika membentangkan prestasi ekonomi suku ketiga hari ini.



Selain itu Shamsiah berkata moratorium menyeluruh akan menjejaskan kepentingan berjuta pendeposit serta pemegang taruh yang melabur dalam dana seperti Amanaj Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, dan KWAP.

Malah Shamsiah berkata tahap keyakinan dan kepercayaan kepada institusi perbankan akan terjejas teruk selain kestabilan sektor itu akan rapuh untuk jangka panjang.

Related Articles

One Comment

  1. Moratorium perlu dipohon oleh mereka yang memerlukan sahaja bukan diberikan secara automatik kepada semua peminjam seperti yang berlaku sebelum ini. Bukan semuanya tidak mampu membayar hutang mengikut jadual asal. Ramai yang saya kenal, termasuk saya sendiri masih mampu menbayar hutang seperti yang dijadualkan. Penyata hutang kami jadi agak “tunggang langgang” pada bulan 6 yang lepas bila moratorium secara automatik diberikan kepada ke semua peminjam, sama ada yang mampu atau yang tidak mampu.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker