Jururawat Nekad Bunuh Doktor, Mayat Dikerat & Dimasak Kerana Tidak Tahan Diugut Secara Seksual

Seorang jururawat yang membunuh, mengerat dan memasak mayat doktor yang juga merupakan rakan sekerjanya setelah mangsa memeras ugutnya bagi tujuan melakukan hubungan intim, telah dijatuhkan hukuman mati.

Menurut laporan media China, Li Fengping, 25, yang bertugas di jabatan kecemasan terlibat dalam hubungan seksual dengan timbalan ketua ortopedik di hospitalnya, Luo Yuanjian.

Li dilaporkan terhutang budi dengan Luo kerana tabiatnya yang ketagihan judi sehingga dia terpaksa meminjam wang dari Luo untuk membayar hutang tersebut.

 

Namun, kerana tidak mampu membayar hutang tersebut, Li diberi pilihan untuk membayar hutang itu dengan cara lain iaitu melakukan hubungan intim dengan Luo, di mana dia terpaksa melayani Luo tiga kali seminggu.

Tidak tahan diperas ugut secara seksual, Li akhirnya merancang untuk membalas dendam. Li membawa Luo ke rumah sewa dan membunuhnya sebelum mayatnya dikerat ke beberapa bahagian untuk dimasak. Bagi menghapuskan saki baki mayat mangsa, Li membuang sisa-sisa yang tertinggal ke dalam mangkuk tandas.

Tetapi perbuatannya itu diketahui oleh polis yang kemudian datang membuat serbuan. Detik-detik polis membuat serbuan itu juga turut dirakam oleh jiran yang menyedari kejadian itu sebelum ternampak polis membawa keluar beberapa ‘objek’ yang ditutupi dengan kain yang dipercayai merupakan sisa mayat mangsa yang tidak sempat dibuang oleh suspek.

 

 

Kejadian mengerikan itu berlaku di rumah sewa Li yang terletak di belakang Hospital Yulin di selatan China pada 23 Mac 2020.

Di atas kesalahan jenayah itu, Li telah dijatuhkan hukuman mati kerana melakukan pembunuhan dengan sengaja. Li juga diperintah untuk membayar ganti rugi kepada saudara mangsa sebanyak 98,000 Yuan (RM61,195). Namun, tidak dinyatakan tarikh sebenar Li dijatuhkan hukuman mati.

Sumber: Mirror

Kredit: The Reporter

Polis tahan 3 individu tawar seks

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker