[VIDEO] AllahuAkbar- Lihat Reaksi Anjing Ini Bila Dilepaskan Untuk Menyerang Pemuda Palestin Sedang BerSolat

Umum sedia maklum, konflik antara Israel-Palestin sudah lama berlaku dan Israel sanggup buat apa saja untuk menghancurkan rakyat Palestin

Antara serangan kejam yang Israel lakukan kepada rakyat Palestin adalah serangan bom dan tembak-menembak.

Baru-baru ini, tular satu video di laman sesawang Twitter yang dikongsikan oleh seorang pengguna di mana dua orang lelaki Israel telah melepaskan seekor anjing untuk menyerang seorang pemuda Palestin yang sedang menunaikan solat bersama anaknya di tepi jalan.

Bapa dan anaknya itu nampak ketakutan tetapi mereka tetap meneruskan solat sehingga habis. Namun, selepas beberapa saat anjing itu menyalak di tepi mereka, lain pula yang jadi.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Anjing itu tidak menyerang, tetapi dia tunduk dan akhirnya baring di sebelah bapa dan anaknya

Di hujung video, anjing itu baring di tepi mereka dan seolah-olah jinak selepas menyalak beberapa kali apabila ia tidak diendahkan.

Sebaik saja bapa itu habis solat, dia menunjuk jari telunjuk kanannya ke atas tanda ingin memberitahu isyarat Tuhan yang satu dan dengan kuasa Allah SWT, mereka dilindungi daripada diserang anjing tersebut.

“Even animal know how to respect other’s religion, why can’t human?” – Netizen

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut sebak dan mereka berkata haiwan pun tahu hormat orang yang tengah solat. Macam mana Israel tergamak menyerang dan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa?

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 212,300 tontonan, 11,000 tanda suka dan 8,500 retweets daripada netizen.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Image from @jalalmisai68 (Twitter)

Image via @jalalmisai68 (Twitter)

Image from @jalalmisai68 (Twitter)

Image via @jalalmisai68 (Twitter)

Semoga perkongsian ini dapat mengajar kita tentang pentingnya hormat-menghormati sesama manusia 🙂

Sumber: Twitter , Says.com

Maszlee dakwa Hadi tolak penyelesaian dua negara Israel dan Palestin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker