Tiong bidas pemimpin PBB, minta semak ucapannya di parlimen

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Tiong King Sing hari ini menggesa pengkritiknya tidak membuat kesimpulan melulu berhubung kenyataan terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Sambil sekali lagi menegaskan dia tidak mempunyai niat jahat terhadap sesiapa pun terutama Noor Hisham, Tiong meminta pengkritiknya terutama Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah, supaya menyemak fakta ucapannya terlebih dulu.

“Kamu harus berusaha untuk memeriksa fakta teks ucapan penuh saya di parlimen dan bukannya bergantung kepada laporan berita yang telah disensasikan berdasarkan laporan sebelah pihak dari Ahli Parlimen DAP Jelutong, RSN Rayer di Parlimen.



Orang Islam menerima kematian di mana saja, Noor Hisham jawab kritikan Tiong

“Sebagai anggota Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang dianggap sebagai ahli politik kanan, dia harus memahami isu yang lebih mendalam sebelum berbicara.

“Dan jika kamu benar-benar merasakan semua anggota GPS adalah seperti ahli keluarga, maka tolonglah hubungi saya secara terus untuk memahami selok-belok perkara sebelum memberi komen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Semalam, Abdul Karim menyifatkan dakwaan Tiong di Dewan Rakyat bahawa Noor Hisham ‘takut mati’ sebagai mengejutkan dan memalukan.

Malah katanya, kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh rakyat Sarawak.

Rayer diusir lepas berang Tiong dakwa Noor Hisham ‘takut mati’



“Saya ada melihat ucapan beliau di parlimen dan saya terkejut. Saya tidak sangka dan berasa malu kerana kenyataan itu dikeluarkan oleh anak Sarawak.

“Kita sepatutnya mengiktiraf pengorbanan yang dilakukan terutama mereka yang bekerja dalam bidang perubatan, tentera dan polis,” kata Abdul Karim.

Ucapan Muhyiddin di PBB ‘gagal’ rebut peluang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker