Rayer diusir lepas berang Tiong dakwa Noor Hisham 'takut mati' · MYKMU.NET

Rayer diusir lepas berang Tiong dakwa Noor Hisham ‘takut mati’

Share

Dewan Rakyat bertukar kecoh seketika hari ini setelah berlaku pertikaman lidah di antara Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing, dan Anggota Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Ia bermula selepas Tiong mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah “takut mati” kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19 di negeri itu.

“DG (Dr Noor Hisham) takut mati sebab dia tak turun di Sabah, tak lockdown awal-awal di penjara,” katanya.

Mendengar kenyataan tersebut, Rayer bangun sambil meminta Tiong menarik balik kenyataan tersebut.

Bagaimanapun Duta Khas Perdana Menteri ke China itu enggan menarik balik kata-katanya.

Kata Reyer, dia tidak akan membenarkan Tiong “menghentam” Noor Hisham dan menganggap ia sebagai tindakan “kurang ajar”.

“Saya tidak benarkan dia (Tiong) hentam DG (Dr Noor Hisham), dia adalah petugas barisan hadapan, jangan kurang ajar, Bintulu.

“Jangan hina pegawai kerajaan,” jerit Rayer.

Suasana kemudian bertambah panas apabila Shahidan Kassim (BN-Arau)mula menjerit dan meminta Rayer duduk.

Timbalan Speaker Azalina Othman Said kemudian meminta Rayer untuk duduk dan memberi amaran akan mengusirnya keluar dari Dewan Rakyat jika tidak berbuat demikian.

“Jelutong tolong duduk, saya nak buat ruling (ketetapan)… I am warning you (saya memberi amaran kepada kamu), kalau tak duduk saya akan keluarkan,” katanya.

Namun Rayer enggan mengikuti arahan Azalina. Sejurus kemudian Azalina mengarahkan wakil DAP berkenaan keluar dari dewan. Mk

Kong kali kong. Mana ada saya sokong Anwar – MP Bintulu

Leave a Reply