ADUN Paloh dari DAP Langgar SOP PKPB

KLUANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Omar Ali dari DAP melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa apabila menaiki kenderaan bersama dua yang lain semalam.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif ketika era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu memberitahu tentang perbuatannya itu menerusi hantaran di laman Facebooknya.

“Saya telah ditahan polis dekat sekatan jalan raya arah Paloh-Kluang lebih kurang setengah jam yang lalu lebih kurang tiga kilometer dari pekan Paloh. Pegawai polis telah menyatakan kesalahan saya kerana menaiki kereta seramai tiga orang.

“Saya sendiri, pembantu saya dan seorang lagi merupakan petugas sukarelawan tempatan di DUN ini. Petugas sukarelawan saya ajak bersama untuk bantu saya memunggah barang-barang sumbangan yang nak diagihkan kepada masyarakat India bagi bantuan Deepavali,” katanya.



Katanya, sebaliknya beliau mencadangkan supaya pihak berkuasa memberi pengecualian kepada wakil rakyat yang bergerak di kawasan masing-masing.

“Saya fikir ada beberapa perkara perlu diberikan penerangan lebih jelas termasuklah beberapa pengecualian bersabit pergerakan wakil rakyat di kawasan.

“Wakil rakyat bagi saya perlu diberikan SOP yang sedikit khusus untuk tugas-tugas yang melibatkan pergerakan dalam kawasan yang diwakili bagi tujuan menjalankan khidmatnya kepada rakyat. Asalkan SOPnya terkawal dan selamat.

“Saya harap hal ini boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dan pihak-pihak berwajib,” katanya.



Sebelum ini, kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat antaranya membenarkan dua individu dalam satu kenderaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun individu tersebut mestilah ahli keluarga terdekat dan daripada rumah yang sama. – K! ONLINE

Isu debat : Bos lari, macai pula jadi pak sanggup.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker