Semua bank di negara ini mampu lanjut moratorium sampai Jun 2021- Najib

Share

Semua bank di negara ini mampu melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal dan secara automatik sehingga 30 Jun 2021.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ia perlu bagi membantu mengurangkan beban kewangan peminjam selain memberi ruang untuk mereka menggunakan wang dalam tangan bagi perbelanjaan harian.

“Namun, peminjam yang mampu membayar sila terus membayar ansuran pinjaman,” kata bekas Menteri Kewangan itu dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Terdahulu, katanya, sepanjang pentadbiran Barisan Nasional (BN), bagi tempoh 10 tahun lalu, bank-bank di Malaysia diberi ruang bukan sahaja meningkatkan keuntungan malah turut mengukuh serta memiliki daya ketahanan kewangan semakin tinggi setiap tahun.

Laporan-laporan media terkini juga memetik penganalisis kewangan dan Bank Negara Malaysia masih penuh yakin bahawa bank-bank akan terus mencatat keuntungan biarpun negara masih dalam krisis Covid dan dalam keadaan mereka memberi moratorium pinjaman selama enam bulan.

Bagi suku kedua tahun 2020 (dari Mei ke Jun), semua bank dalam Malaysia kekal mencatat keuntungan walaupun ia dalam tempoh tiga bulan paling sukar di mana bank diarahkan untuk memberi moratorium pinjaman serta operasi bank terganggu akibat tempoh Perintah Kawalan pergerakan yang paling ketat.

Najib juga memuat naik keuntungan diperoleh dari bank-bank utama di negara ini dalam hantaran media sosialnya;

Maybank – RM942 juta (suku sama tahun lepas: RM1.94b)
CIMB – RM277 juta (RM1.51b)
RHB Bank – RM400 juta (RM615 juta)
Public Bank – RM1 bilion (RM1.33b)
Alliance Bank – RM104 juta (RM77 juta)
Hong Leong Bank – RM525 juta (RM469 juta)
Ambank – RM365 juta (RM391 juta)
Affin Bank RM67 juta (RM156 juta)
Bank Islam RM153 juta (RM195 juta). MG

Ahli Parlimen setuju moratorium dilanjut sehingga Jun 2021

Leave a Reply