Speaker Berang, MP Kepong [DAP] biadap! Diarah keluar dewan, digantung 5 hari

Situasi Dewan Rakyat bertukar kecoh selepas berlaku pertikaman lidah antara Speaker Azhar Azizan Harun bersama dua anggota parlimen pembangkang.

Ia bermula ketika Anggota Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta Azhar untuk melihat kembali ruling yang dibuat Timbalan Speaker Azalina Othman Said berhubung kenyataan Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing yang didakwa menghina Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

Guan Eng mengulangi gesaan Anggota Parlimen Jelutong, RSN Rayer semalam untuk menggesa Tiong untuk memohon maaf, namun menurut Azhar keputusan itu sudah dibuat dan “tidak baik” jika dia mengubah keputusan berkenaan.



“Saya dah baca hansard. Saya berpendapat retorika bahasa dan penggunaan kata amat besar dan saya perhalusi hansard dan apabila ruling dah dibuat itu final (muktamadmaka saya tidak ada kuasa revisit (kaji semula),” kata Azhar.

Pandangan Azhar tentang usul tak percaya dulu dan sekarang

Namun Anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata ruling yang dibuat oleh Azalina sebagai “bodoh”.



“Tetapi itu ruling yang bodoh,” katanya.

Azhar kemudian berang dan meminta Lip Eng keluar dari Dewan Rakyat serta menggantungnya selama dua hari.

Susulan itu, berlaku pertikaman lidah selepas Lip Eng enggan keluar, yang menyebabkan Azhar menggantung Lip Eng selama lima hari dan mengancam akan memanggil polis jika dia masih enggan keluar.

“Kamu keluar, kalau tidak saya panggil polis,” kata Azhar.



Kekecohan hampir serupa berlaku semalam melibatkan Rayer.

Isteri maut, suami dan anak cedera kemalangan

Ia susulan kenyataan ahli parlimen Bintulu yang menyifatkan Noor Hisham “takut mati” kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19 di negeri itu.



“DG (Dr Noor Hisham) takut mati sebab dia tak turun di Sabah, tak lockdown awal-awal di penjara,” kata wakil rakyat dari Sarawak itu.

Azalina ketika itu memberi dua pilihan kepada Tiong sama ada untuk menarik balik kenyataannya atau menjelaskan perkara yang disebutkannya.

Bagaimanapun, Tiong tetap enggan menarik balik kenyataannya.

“Ini suara petugas barisan hadapan, jadi saya tidak mahu tarik balik. Selalu (Noor Hisham) hantar orang. Dia kena pergi jugalah,” tegas Tiong.



Pelajar perempuan mati terjun bangunan kondominum Kepong

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker