Pandangan Azhar tentang usul tak percaya dulu dan sekarang

Share

Dengan keraguan terhadap majoriti Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat dan sejumlah usul tidak percaya, perhatian sekali lagi ke arah Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Azhar membalas gesaan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah agar membenarkan usul itu dibahaskan dengan ulasan panjang tentang mengapa ia tidak boleh dibuat.

Bagaimanapun, satu video yang menunjukkan Azhar berkata sebaliknya – lima tahun lalu – telah tular di media sosial.

Dalam rancangan bual bicara berjudul “Art of the Matter: How to Overthrow a Government (Legally)” pada 2015, Azhar berbicara tentang bagaimana speaker Dewan Rakyat telah melengah-lengahkan RUU berkenaan jenayah syariah oleh PAS dengan mengutamakan RUU kerajaan.

Berdasarkan kelaziman Parlimen, semua usul dan RUU kerajaan akan diutamakan dalam Aturan Mesyuarat manakala yang lain di bawahnya.

Dengan cara itu, kerajaan dapat terus membawa RUU dan usul baru dan sebarang usul oleh pembangkang tidak akan dibahaskan.

Dalam rancangan yang diterbitkan The Malaysian Insider itu, Azhar berkata itulah yang dilakukan kerajaan terhadap RUU oleh PAS. Bagaimanapun dia berhujah usul tidak percaya tidak boleh dikendalikan dengan cara yang serupa.

“Apa yang speaker lakukan adalah utamakan urusan kerajaan terlebih dulu dan selepas semua urusan itu selesai, tiada lagi masa untuk RUU hudud dibahaskan. Dari segi itu, ia dihalang.

“Adakah speaker boleh berbuat demikian dalam soal undi tidak percaya? Jawapannya ‘tidak’. Ini kerana, berdasarkan amalan perlembagaan, usul undi tidak percaya mesti diutamakan dalam senarai (Aturan Mesyuarat).

“Ia berdasarkan kelaziman atau amalan perlembagaan. Ia bukan berdasarkan undang-undang,” katanya dalam rakaman yang dimuat naik pada 10 September 2015.

Azhar yang juga dikenali sebagai Art Harun menjadi perhatian mutakhir ini setelah Tengku Razaleigh – atau Ku Li – pada 14 Oktober mendedahkan bahawa dia menulis surat kepadanya berhubung usul itu.

‘Penipuan terhadap Perlembagaan’

Dalam surat bertarikh 25 September itu, Ku Li menggesa agar Azhar membenarkan usul itu dibawa ke sidang dengan menegaskan keengganan berbuat demikian tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Usul tidak percaya amat penting atas beberapa sebab keperlembagaan, termasuklah kesahihan kerajaan sekaran bawah pimpinan perdana menteri. Sekiranya usul itu disokong sebahagian besar hali Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong.

“Tanpa kepercayaan oleh Dewan Rakyat, perdana menteri tidak berhak menuntut kesahihan terhadap jawatannya, dan pengelakan terhadap hakikat ini merupakan niat buruk dan penipuan terhadap Perlembagaan,” kata Ku Li.

Selepas surat itu menjadi pengetahuan umum, Azhar memberi maklum balas dengan menggariskan duluan dan hujah perundangan berkenaan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Rumusan hujah Azhar adalah urusan bukan kerajaan hanya boleh didahulukan berbanding urusan kerajaan jika ia mendapat sokongan seorang menteri.

“Jadi, di sebalik bantahan oleh semua yang mendakwa sebagai pakar dalam isu ini, dua perkara jelas di sisi undang-undang.

“Urusan kerajaan menjadi keutamaan dan hanya menteri yang boleh memulakan proses menaikkan kedudukan urusan bukan kerajaan dalam senarai (aturan mesyuarat),” katanya.

Dia juga mengulas cadangan untuk menggunakan Peraturan Mesyuarat 18(1) yang membenarkan suatu usul dibentangkan jika ia melibatkan kepentingan awam.

Bagaimanapun, dia berkata usul di bawah peraturan itu hanya untuk tujuan perbincangan dan bukan untuk diundi.

“Usul tidak percaya memerlukan undi. Maka Peraturan Mesyuarat 18(1) tidak dapat digunakan.

“Untuk Dewan hanya membincangkan, tanpa undian, soal jika ada ketidakpercayaan terhadap kerajaan adalah tindakan politik yang sia-sia,” katanya lagi.

Menyimpulkan hujahnya, Azhar berkata dia akan mengendalikan semua usul yang diterima berdasarkan hujah-hujah tersebut.

Bukan video pertama

Ia bukan kali pertama video lama Azhar ditularkan setelah dia dilantik sebagai speaker.

Pada Julai lalu, satu video bual bicara sama turut tular. Ia menunjukkan Azhar mengkritik speaker ketika itu, Pandikar Amin Mulia kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan seksis pada 2018.

Ia muncul selepas Azhar tidak mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim yang memanggil Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto sebagai “gelap”.

Ia berlaku pada 13 Julai iaitu hari sama Azhar mengangkat sumpah sebagai speaker.

Ketika Kasthuri menyuarakan kemarahannya ketika sidang, Azeez kemudian memintanya untuk “memakai bedak”.

Azeez kemudian menarik balik kenyataan itu. Ahli Parlimen pembangkang bagaimanapun mendesak Azhar untuk membuat satu perintah berkenaannya tetapi dia tidak berbuat demikian.

Bagaimanapun, sehari kemudian, Azhar mengarahkan Azeez untu memohon maaf selepas menyemak semula Hansard.

Azeez kemudian akur dan berkata di hanya merujuk pencahayaan sekitar Kasthuri yang gelap, bukan dirinya. Mk

Ku Li kena runding dengan Takiyuddin bawa usul tidak percaya PM, kata Azhar

Leave a Reply