Pistol James Bond 007 Dilelong

Los Angeles: Sepucuk pistol yang digunakan mendiang Sean Connery dalam filem James Bond pertama, Dr No pada 1962 bakal dilelong pada harga sekitar RM620,000 hingga RM827,000 pada 3 Disember ini.

Pistol model Walther PP yang digunakan sebagai prop dalam filem itu antara sebahagian barangan lelong pada acara Icons & Idols Trilogy: Hollywood anjuran Julien’s Auctions.

Dalam filem pengenalan James Bond itu, Connery menggunakan pistol berkenaan dan berjaya mengembangkan watak itu terus popular selama lebih enam dekad.

Pistol yang sudah dinyahaktif berkenaan menjadi prop ikonik dan nilainya dikenal pasti BAPTY. BAPTY juga adalah pemegang pistol itu selepas dilelong pada 2006.

Keputusan melelong pistol terbabit dibuat selepas Connery meninggal dunia pada 30 Oktober lalu pada usia 90 tahun.

Connery membintangi beberapa siri James Bond antaranya From Russia With Love, Goldfinger, Thunderball, You Only Live Twice, dan Diamonds Are Forever.-HM

Pelakon James Bond Sean Connery meninggal dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker