Bersatu lapor polis artikel dakwa peguam saman Agung ‘orang’ Muhyiddin

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan membuat laporan polis berhubung artikel yang mendakwa peguam yang menyaman Yang di-Pertuan Agong sebagai “orang” Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Dalam laman itu dikeluarkan satu kenyataan bertulis yang menuduh atau memberi maksud seolah-olah Muhyiddin selaku presiden Bersatu dan perdana menteri yang mengarahkan peguam itu untuk menyaman Yang di-Pertuan Agong.

“Bagi pihak Bersatu, kami merasakan ini satu fitnah yang besar kepada perdana menteri yang tak patut dilakukan oleh mana-mana pihak, mana-mana laman berita terutamanya.

“Fokus kita ialah pada satu perenggan dalam laporan tersebut yang mana perenggan itu jelas merupakan satu fitnah kepada perdana menteri,” katanya tadi.

Perenggan yang dimaksudkan berbunyi:

Syarikat Defisit, Mengaku Beri Rasuah & 10% Share, Akhirnya Menang Tender. Siapa Untung?

“Difahamkan bahawa Syed Iskandar (peguam berkenaan) ialah ‘orang’ Muhyiddin sendiri. Jadi, jika pihak beliau sendiri, tentulah tindakan peguam itu kelihatan seperti direstui, dan memang digalakkan/dilindungi”.

Pada 30 Oktober lalu, peguam Syed Iskandar Syed Jaafar, melalui firma guaman Tetuan Kengadharan & Co, memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia susulan berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 25 Oktober lalu yang tidak menerima cadangan Muhyiddin untuk pengisytiharan darurat.

Baginda berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19 dan bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia.

Skandal Terowong: Siasatan SPRM Hampir Sampai ke Penghujung?

Syed Iskandar, antara lain, meminta mahkamah untuk antara lain menentukan sama ada Seri Paduka mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun perdana menteri menasihatkan sebaliknya.

Plaintif meminta mahkamah menentukan perkara ini berdasarkan Artikel 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 40 antara lain secara umum membahas tentang perlunya Tang di-Pertuan Agong bertindak sesuai dengan nasihat kabinet atau menteri yang bertindak di bawah kekuasaan umum kabinet.

Artikel 150 pula antara lain membahas tentang kuasa Seri Paduka untuk mengeluarkan pengisytiharan darurat di mana terdapat situasi di mana keselamatan, ekonomi, atau ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam.

Siasatan isu terowong diserah ke Peguam Negara, Guan Eng sila bersedia!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker