9 MP KL gesa pertemuan dengan Annuar bincang Belanjawan DBKL 2021

Sembilan Ahli Parlimen Kuala Lumpur mengalu-alukan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa untuk menjadikan Kuala Lumpur “wilayah bebas berniaga” yang disifatkan sebagai mesra perniagaan, namun menggesa pertemuan untuk berbincang mengenainya.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata pertemuan itu juga penting bagi membincangkan perancangan dan perbelanjaan Belanjawan DBKL 2021.

“Sudah 16 hari berlalu sejak kenyataan terakhir kami dan Menteri WP masih belum memanggil pertemuan dengan semua ahli Parlimen KL. Pertemuan ini sangat penting untuk perancangan dan perbelanjaan Belanjawan DBKL 2021, yang mana akan memberi kesan besar kepada kebajikan dan kesejahteraan warga KL,” kata kenyataan bersama sembilan ahli parlimen dari PKR dan DAP.



Kenyataan itu memetik pengumuman Annuar pada 10 Nov lalu berhubung kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, mulai Ahad ini.

Kuala Lumpur bebas berniaga, boleh buka gerai di mana-mana – Annuar

Sembilan wakil rakyat Kuala Lumpur itu mengalu-alukan sikap “mesra perniagaan” dan langkah menyediakan peluang perniagaan bagi mereka yang memerlukan.



Bagaimanapun, mereka mengingatkan agar dasar berkenaan tidak disalahgunakan serta tidak menyumbang kepada masalah kebersihan dan kesesakan di bandar, selain mengambil kira aspek keselamatan.

Sembilan Ahli Parlimen yang menandatangani kenyataan itu ialah Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintant), Teresa Kok (Seputeh), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Lim Lip Eng (Kepong), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai) , Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), P Prabakaran (Batu) dan Hannah Yeoh (Segambut).

Ahli Parlimen Kuala Lumpur lain adalah Rina Harun dari Bersatu yang mewakili Titiwangsa, tiada dinyatakan dalam kenyataan bersama itu.

“Pandemik ini juga telah memaksa penutupan lebih 30,000 PKS di seluruh negara.



“Untuk menjadi mesra perniagaan, menteri wilayah persekutuan harus mempermudahkan permohonan lesen bukan hanya untuk penjaja tetapi juga lain-lain perniagaan,” katanya.

Annuar sebelum ini mengumumkan bahawa mulai 15 Nov ini, Kuala Lumpur akan menjadi ‘wilayah bebas berniaga’.

Menteri UMNO dibelasah, Puad Zarkashi Buat Cerita Karut – Annuar Musa



“Sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.

“Permohonan lesen itu bertujuan untuk makluman dan rekod data DBKL sahaja. Pemohon akan mendapat lesen sementara secara automatik dan kemudian DBKL akan membuat pemantauan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Annuar berkata beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan majlis perwakilan penduduk di ibu negara mengenai perkara itu agar pihak berkenaan memberi kerjasama dengan melakukan pemantauan di peringkat komuniti.

Beliau seterusnya mengingatkan para peniaga agar tidak berniaga di lokasi yang boleh mengancam keselamatan awam, menyebabkan kesesakan lalu lintas, dan perlu menjaga kebersihan di sekitar ibu kota.



Mahathir sanggup potong pencen 10 peratus? Celah gigi saja..

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker