Setelah dikecam rakyat dan disiasat Polis, UMANY tarik balik artikel dan mohon maaf pada Agong

Share

Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) hari ini memohon maaf daripada Yang di-Pertuan Agong dan menarik balik kenyataan yang mempersoalkan kuasa Seri Paduka Baginda yang disiarkan pada 30 Oktober lalu di media sosial.

“Selepas merujuk kepada nasihat daripada ahli-ahli pakar perlembagaan, pihak Umany telah membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan bertajuk YDPA Should Not Interfere in National Affairs yang dipaparkan di halaman Facebook bahasa Cina dan bahasa Inggeris Umany pada 30 Oktober 2020.

“Pihak Umany ingin menegaskan bahawa kami mematuhi sistem raja berperlembagaan di Malaysia serta menghormati peranan Yang di-Pertuan Agong dalam perlembagaan.

“Selain menzahirkan maaf kepada masyarakat, pihak Umany ingin secara khususnya mengemukakan permohonan maaf dan memohon ampun Tuanku atas kekurangan pemahaman kami terhadap perlembagaan,” kata Umany dalam satu kenyataan.

 

UMANY disiasat atas kenyataan biadap mempertikaikan kuasa Agong

 

Bagaimanapun, Umany sekali lagi menekankan bahawa kenyataan yang dinyatakan pada 30 Oktober itu adalah bagi tujuan perbincangan akademik dan bukannya berniat untuk menghasut.

Umany edang disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia selepas Universiti Malaya membuat laporan polis berhubung kenyataan itu.

Sehubungan itu, Umnay mendesak polis untuk menghentikan segala siasatan terhadap ahlinya.

UM siasat hantaran FB Umany pertikai kuasa Agong

“Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia juga merupakan undang-undang zalim yang menindas kebebasan bersuara rakyat.

“Kita menuntut pihak polis untuk menghentikan segala siasatan yang dijalankan di bawah akta-akta tersebut terhadap ahli-ahli Umany dan menggesa kerajaan agar memansuhkan undang-undang zalim ini, yang menyekat kebebasan bersuara,” katanya.

Umany turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan solidariti.

 

“Pihak Umany akan meneruskan usaha pihak kami dalam memupuk dan mempertahankan kebebasan demokrasi di Malaysia bersama dengan masyarakat sivik demi Malaysia yang lebih baik,” tambahnya.

Polis menyiasat kumpulan pelajar itu bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan itu dibuat susulan kenyataan kumpulan berkenaan pada 30 Okt berkaitan keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak mengisytiharkan darurat seperti dicadangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Mempertikaikan kuasa agong dan menghalang tugas polis, bekas presiden UMANY didakwa esok

bekas presiden Umany, Wong Yan Ke akan didakwa esok di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Wong ditangkap polis pada 7 Nov ketika polis melakukan serbuan ke atas penggantinya, Yap Wen Qing, di Petaling Jaya.

Peguamnya Chong Kar Yan, yang berada di tempat kejadian, berkata anak guamnya itu ditahan kerana cuba merakam video anggota polis ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal sebelum ini memberitahu Wong ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam

Najib tegur UMANY dan DAP jangan naikkan suhu rakyat

Leave a Reply