Mempertikaikan kuasa agong dan menghalang tugas polis, bekas presiden UMANY didakwa esok

Bekas presiden Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok.

“Penjamin saya yang menandatangani dokumen ketika saya dibebaskan dengan jaminan polis menerima panggilan daripada polis, yang memaklumkan kepadanya bahawa saya akan didakwa esok,” katanya.

Menurut Wong, dia akan didakwa di bawah seksyen 188 Kanun Keseksaan, iaitu mengingkari perintah yang diisytiharkan penjawat awam.



Wong ditahan pada 7 Nov ketika polis menggeledah rumahnya bagi menyiasat artikel yang diterbitkan oleh Umany mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong.

UMANY disiasat atas kenyataan biadap mempertikaikan kuasa Agong

Peguamnya Chong Kar Yan, yang berada di tempat kejadian, berkata anak guamnya ditahan kerana merakam video anggota polis.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal memberitahu Wong ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sementara itu, polis sedang menyiasat Umany di bawah Akta Hasutan dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung artikel itu, yang menyaksikan banyak laporan dibuat terhadap persatuan tersebut.

Artikel pada 30 Oktober itu dikeluarkan susulan penolakan Agong atas permintaan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat.

Najib tegur UMANY dan DAP jangan naikkan suhu rakyat



Seri Paduka dalam titah baginda turut menasihati semua anggota Parlimen agar menyokong Belanjawan 2021.

Umany berpendapat Agong “tidak boleh campur tangan dalam urusan negara, harus selalu mengekalkan sikap neutral dan memainkan peranan dalam kerangka yang dibenarkan oleh perlembagaan”.

Bagaimanapun dalam hantaran Facebook hari ini, persatuan itu menarik balik artikel itu dan memohon maaf kepada Seri Paduka.



[VIDEO] Akhirnya, Polis tahan bekas presiden persatuan pelajar UM, Umany



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker