Najib tegur UMANY dan DAP jangan naikkan suhu rakyat · MYKMU.NET

Najib tegur UMANY dan DAP jangan naikkan suhu rakyat

Share

 

Kita faham student-student dan DAP ada freedom of speech.

Tapi kena berjaga-jaga juga mesej yang korang nak hantar supaya persepsi tak betul tidak terbina.

Mula-mula korang umum sokongan penuh kepada aktivis Thailand yang bantah Raja mereka.

Lepas itu korang keluarkan statement untuk tuntut YDP Agong kita jangan campur tangan dalam pentadbiran negara.

Dibekap oleh DAP pula dengan alasan ini hak kebebasan bersuara mereka.

Lalu, Universiti Malaya kata nak siasat korang sebab ramai yang marah.

Umany mungkin akan mencabar tindakan tatatertib UM

Semalam pula, UMANY keluarkan kenyataan bahawa mereka tak akan minta maaf serta ugut akan saman Universiti Malaya jika tindakan diambil ke atas mereka.

Siap menggunakan perkataan “Republication” dalam posting mereka semalam. Korang faham apa maksud Republic, tak? Tak boleh guna “Reactivate” atau terus guna “Jangan nafikan hak bersuara kita”?

Pada pandangan saya, UMANY dan DAP perlu slow-down sedikit. Jangan naikkan suhu lagi.

Bukan nak hadkan freedom of speech korang tapi saya rasa tiada faedah bagi korang memainkan isu berkait sistem Raja Berperlembagaan kita pada masa negara dilanda krisis Covid, ekonomi terancam dan ramai hilang mata pencarian.

Najib Razak

The Communists Are Angry With The Agong

Leave a Reply