WhatsApp Perkenalkan Ciri Mesej Automatik Hilang Dalam Tempoh 7 Hari

Jika sebelum ini WhatsApp telah memperkenalkan ciri Stories dan sticker, kini aplikasi permesejan popular dunia hadir lagi dengan sebuah ciri terbaharu iaitu disappearing message atau kata lainnya mesej menghilang.

Menerusi ciri terbaharu ini, mesej yang diterima menerusi individu mahupun kumpulan bakal dipadam secara automatik apabila cukup 7 hari. Ciri ini pastinya memudahkan buat sesetengah pihak yang tidak mahu menyimpan mesej lama atas sebab-sebab yang tertentu.

Bukan sahaja mesej, media dari segi dokumen, gambar atau video juga bakal turut dihilangkan selepas 7 hari melainkan anda memuat turun media tersebut ke telefon pintar anda.



Menariknya, ciri yang ditawarkan tidak ditawarkan secara menyeluruh dimana para pengguna berpeluang memilih individu yang mahu diaktifkan fungsi ini. Walau bagaimanapun difahamkan fungsi ini perlulah diaktifkan terlebih dahulu dan boleh juga dimatikan pada bila-bila masa mengikut tatapan yang dibuat.

whatsapp-disappearing-messages-wabetainfo-1
Buat anda yang berminat untuk menggunakan fungsi disapperiang message ini, anda perlu membuka aplikasi WhatsApp, seterusnya pilih mana-mana ruang chat individu, Contact Info dan seterusnya klik Disappearing Message untuk mengaktifkannya. Selamat mencuba!

Sebelum ini WhatsApp pernah menawarkan fungsi dark mode serta fungsi panggilan suara dan video sehingga 8 orang secara serentak.

Untuk pengetahuan, fungsi ini sudah tersedia di WhatsApp namun cuba dihadkan kepada 4 orang. Penawaran pengguna sehingga 8 orang pastinya membuatkan pengalaman membuat panggilan video semakin rancak.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker