Kerajaan lulus operasi taska sepanjang PKPB

Pemilik taska dibenar membuat permohonan untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri masing-masing.

Menterinya Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya sudah membentangkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai operasi taska sepanjang PKPB dan diluluskan Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, kebenaran pengoperasian semula itu juga akan diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, nanti.

“Justeru itu pemilik taska nanti boleh memohon dan sebaik diluluskan, ibu bapa boleh menghantar anak mereka mengikut SOP.

“SOP dikeluarkan kementerian untuk diguna pakai di semua taska di seluruh negara dan pemilik perlu memohon kebenaran terlebih dahulu daripada JKM negeri,” katanya pada sidang media di kementeriannya, hari ini.

Rina berkata, berdasarkan SOP itu ibu bapa diberi waktu tertentu untuk menghantar anak mereka bagi mengelak kesesakan, manakala guru taska diwajibkan memantau lebih ketat kanak-kanak di bawah jagaan mereka supaya tiada risiko penularan wabak.

Katanya, kerajaan mengambil kira aduan ibu bapa yang perlu bekerja dan memastikan ekonomi bergerak sepanjang PKPB, sebelum meluluskan pembukaan semula itu.

Beliau juga menggalakkan pihak swasta mewujudkan sistem penggiliran tugas dalam kakitangan yang berkeluarga, supaya mereka dapat menjaga anak secara bergilir jika kedua-duanya bekerja. HM

COVID-19: KEMAS tutup tabika, taska di zon merah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker