Najib ‘ajar’ bos KWSP kira-kira

Bekas perdana menteri Najib Razak “mengajar kira-kira” kepada bos Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung isu pengeluaran caruman akaun 1 sebanyak RM10,000.

Najib berkata, kerugian RM41 sebulan selepas bersara dalam kalangan pencarum adalah berbaloi jika dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak RM10,000 ketika ini dalam situasi hari ini.

“Pada saya, kerugian pendapatan RM41 sebulan selepas bersara bagi mereka yang keluarkan RM10,000 sekarang tak seberapa membantu. Apa yang kita boleh beli dengan RM41 sebulan?

“Mereka yang ingin keluarkan RM10,000 sekarang adalah golongan yang faham mereka mempunyai baki simpanan yang cukup dan mereka yakin akan dapat menambah kembali simpanan mereka pada masa depan selepas krisis Covid-19 berakhir.

“Keadaan sudah berubah sekarang di mana kita sudah ada gaji minimum RM1,200,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, petang ini.

Najib bidas Mahathir yang dakwa Belanjawan 2021 mufliskan negara

Berdasarkan gaji RM1,200, Najib membuat pengiraan di Facebooknya yang akhirnya pengeluaran sebanyak RM10,000 akan dapat diganti balik oleh pencarum dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.

Semalam media melaporkan, KWSP menjelaskan bahawa pencarum mungkin perlu menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun jika simpanan mereka tidak bertambah selepas pengeluaran dari Akaun 1 dibuat.

Ini kerana, berdasarkan perangkaan KWSP, seramai 43 peratus atau 5.38 juta ahli berusia bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun 1.

Tiga cara kerajaan bantu KWSP tambah pendapatan – Najib

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, perangkaan yang diperoleh juga menunjukkan 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahlinya berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun.

“Jumlah RM200 itu adalah sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk satu isi rumah dan juga RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti yang dinyatakan dalam kaji selidik oleh Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC),” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu Najib berkata, dia yakin simpanan KWSP mampu memulih jika ekonomi bertambah baik selepas Covid-19.

Syarat KWSP, moratorium: Maaf YB Pasir Mas, ini bukan soal hikayat

“Sekejap saja, simpanan KWSP mereka mampu memulih jika ekonomi bertambah baik selepas Covid dan negara dijaga oleh mereka yang bukan akauntan gagal atau tipu sijil.

“Itupun sebelum kerajaan mula membantu. Seperti dalam perbahasan saya hari itu, tanggungjawab kerajaan bukan untuk menafi pencarum dari mengakses wang milik mereka sendiri pada masa mereka paling terdesak.

“Fokus kerajaan pula ialah mencari jalan untuk memulihkan dan memastikan pencarum dengan baki simpanan yang rendah dapat menambah simpanan mereka dengan kadar paling cepat. Supaya sewaktu mereka bersara nanti, simpanan di dalam Akaun 1 akan mencukupi,” tulis Najib lagi.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP populis dan tidak praktikal? Ini Najib jelaskan..

Related Articles

2 Comments

  1. Sangat setuju dengan pandangan DS Najib Razak. Sangat memahami serta merasai tekanan rakyat yg dihadapi skrg. Moga Allah permudah segala kesulitan & cabaran DSNR. 1000% sokong mahu DSNR memimpin Malaysia semula. Pemimpin yang terbaik serta berhati rakyat seperti Ayahandanya. Allahuakabar….

    1. Terbaik Mantan Pm kita telah bg buah fikiran yg trbaek utk rakyat… Beliau adalah kepimpinan yg bagus utk menyelesaikan masalah rakyat… Very simple expalnation with the solution yang jelas dan mudah difahami oleh rakyat…

      Tq DSNR you are the MAN…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker