Kerajaan diminta kaji dan laksanakan cadangan Najib ini

Selain memberi dividen dan hibah tinggi berbanding simpanan bank, kelebihan tabung-tabung amanah rakyat seperti KWSP, ASB, Tabung Haji, seluruh simpanan pencarum dijamin kerajaan dan dividen/hibah dikecualikan cukai.

Sebab itu, ramai orang kaya memilih untuk menyimpan dalam tabung-tabung tersebut dan kurang berminat untuk mengeluarkan wang mereka walaupun dibenarkan.

Pada akhir tahun 2016, 0.4% ahli KWSP atau 28,727 orang sahaja mempunyai simpanan bernilai RM47.2 bilion berbanding 51.9% ahli KWSP yang hanya ada RM43.9 bilion.

Jelas menunjukkkan ketidaksamarata kekayaan. Namun pencarum dibayar kadar dividen yang sama – tak kira mereka mempunyai baki simpanan yang besar atau kecil.

Namun pada masa sama, saya juga bimbang bahawa semakin besar saiz tabung-tabung tersebut, semakin kurang peluang untuk menjana kadar pulangan yang lebih tinggi sebab peluang pelaburan yang baik dalam Malaysia adalah terhad.

Tujuan utama simpanan dalam tabung-tabung itu adalah bagi menanam sikap menabung demi masa depan selain memberi peluang kepada golongan pendapatan rendah untuk memiliki wang yang lebih banyak. Akhirnya nanti, rakyat dari golongan B40 dan M40 akan meraih manfaat.

Untuk mencapai hasrat ini dalam memastikan simpanan golongan B40 dan M40 dibina pada kadar lebih cepat, saya pernah bercadang untuk dividen/hibah tabung-tabung amanah dibayar mengikut kadar bertingkat.

Sistem “tiered” ini digunakan oleh sesetengah bank untuk mengira kadar faedah bagi akaun simpanan pelanggan di mana pelanggan yang mempunyai baki simpanan yang tinggi dibayar kadar faedah lebih tinggi.

2 cara tingkat aliran tunai KWSP jika pengeluaran Akaun 1 dibenar, kata Najib

Untuk tabung-tabung amanah kerajaan pula, saya cadangkan baki simpanan yang rendah dibayar kadar dividen/hibah yang lebih tinggi manakala bahagian simpanan yang melebihi RM500,000 dibayar mengikut kadar simpanan tetap atau FD bank.

Misalnya:

Untuk RM20,000 pertama – kadar dividen 8%
RM20,001 – RM50,000 – kadar dividen 7%
… dan seterusnya sehingga bahagian baki melebihi RM500,000 dibayar pada kadar FD bank.
Supaya pembahagian keuntungan tahunan tabung-tabung lebih tertumpu kepada golongan dengan baki yang rendah selari dengan matlamat tabung-tabung bahawa semua rakyat perlu ada simpanan yang cukup untuk usia tua.

Jika dilaksanakan, ia mampu menarik lebih ramai dari golongan B40 untuk menyimpan dalam tabung-tabung amanah serta mengurangkan jurang kekayaan sebab kita akan membina kekayaan golongan berpendapatan rendah dengan lebih laju.

Dan saya juga fikir bahawa orang kaya yang kecewa dengan kadar faedah lebih rendah bagi bahagian simpanan KWSP yang tinggi mereka akan mengeluarkan sebahagian simpanan mereka untuk dilabur dalam aset-aset yang berisiko lebih tinggi atau menggunakannya untuk melabur dalam bisnes baru sebagai usaha mereka untuk mengejar kadar pulangan lebih tinggi.
Dengan itu, ekonomi negara juga akan diberi satu rangsangan baru.

Pada bulan September tahun 2017 sebelum bajet 2018 diumumkan, saya pernah meminta pegawai saya untuk berbincang dengan boss tabung-tabung amanah bagaimana sistem ini boleh dilaksanakan.

Rasional Pengeluaran KWSP: Pendedahan Hujah dan Jawapan Saya Kepada Menteri Kewangan

Kebanyakan boss tabung-tabung amanah memberitahu bahawa mereka perlu akta-akta masing-masing dipinda dan meminta lebih masa untuk mengemukakan kertas kerja bagi meminda akta.

Namun, boss PNB menerima baik cadangan ini dan bersetuju melaksanakan satu langkah sementera untuk mencapai secara terhad matlamat diingini saya demi rakyat terutama golongan B40 dan M40.

Sebab itu buat kali pertama dalam sejarah, ASB mengumumkan satu lagi tingkat Bonus khas (yang diberi nama Bonus Khas Ulang Tahun) pada bulan Februari 2018 di mana 10,000 unit pertama dibayar dividen lebih tinggi iaitu 8.25% berbanding 7.25% bagi keseluruhan simpanan.

Saya harap kerajaan PN boleh pertimbang untuk melihat semula cadangan tahun 2017 ini supaya ianya boleh dilaksanakan sebagai satu cara untuk memulihkan simpanan KWSP bagi golongan terdesak jika pengeluaran one-off akaun 1 dibenarkan.

Justeru saranan pengeluaran itu tidak boleh diketepikan terus kerana apa yang penting ialah melihat pelbagai opsyen yang ada atau pernah saya sarankan sebelum ini bagi langkah pemulihan apabila ekonomi sudah pulih nanti.

Najib Razak

 

COVID-19: Pengeluaran KWSP Akaun 1, Najib jawab semula kerajaan

Related Articles

One Comment

  1. Ramai dijangka tidak akan bersetuju dengan sistem tiered kerana ada di antara yang sudah kaya ini dahulunya mereka sebenarnya adalah orang susah atau pun pendapatan sekadar cukup makan namun mereka berusaha keras menbuat simpanan dalam tabung amanah ini dan akhirnya bejaya menjadi kaya. Sudah tentulah mereka mahukan pulangan maksimun hasil dari simpanan mereka ini setelah berpenat lelah selama berpuluh tahun bertekad untuk menyimpan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker