Tragedi pembunuhan Siti Nur Surya, ‘rakan sekolah’ direman 7 hari bantu siasatan

Share

MARANG: Seorang pelajar perempuan tingkatan 6 yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Siti Nur Surya Ismail yang mayatnya ditemukan dengan kesan tetakan pada badan manakala tangan kirinya putus dalam kejadian di Lubuk Batu, Terlemong, Ahad lepas, ditahan reman 7 hari.

Majisret Engku Nurul Ain Engku Muda hari ini membenarkan pelajar berusia 19 tahun, yang merupakan rakan sekolah mangsa sehingga tingkatan 5 itu direman bermula hari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bapa tak percaya rakan sekolah bunuh Surya

Suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu, tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 10.10 pagi, kelihatan sugul dan menggigil, seolah-olah menahan sebak, selain panik apabila dihampiri ramai jurugambar.

Pelajar berkenaan ditahan di Balai Polis Telemong pada pukul 8.15 pagi semalam ketika tampil bersama ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian Ahad lepas, Siti Nur Surya, 19, yang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit kanser otak tahap 3, ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya.

Mayat mangsa ditemukan adik perempuannya yang berusia 15 tahun semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

Pesanan terakhir mangsa bunuh kepada teman lelaki

Jenazah Siti Nor Surya selamat dikebumikan

Leave a Reply